awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM Kelantan perkukuh persediaan hadapi Monsun Timur Laut

Bernama
Bernama
19/10/2025
22:45 MYT
APM Kelantan perkukuh persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Pelbagai inisiatif dirangka termasuk latihan di lapangan bagi memastikan anggota berada pada tahap kesiapsiagaan optimum.
KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan giat memperkukuh persediaan terutama dari segi latihan dan logistik bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Pemangku Pengarah APM Kelantan Lt Kol (PA) Mohd Farid Ishak berkata pelbagai inisiatif telah dirangka termasuk latihan di lapangan khasnya di kawasan berisiko banjir bagi memastikan anggota berada pada tahap kesiapsiagaan optimum.
Beliau berkata sebagai agensi barisan hadapan dalam operasi bencana khususnya banjir, semua anggota perlu mahir dalam aspek menyelamat di air, penggunaan bot, peralatan logistik serta komunikasi kecemasan.
"Latihan air yang dijalankan turut merangkumi simulasi menyelamat mangsa lemas, pengendalian bot ketika arus deras serta koordinasi bersama agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Pendekatan latihan berperingkat ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecekapan anggota malah memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa APM sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#APM
#persiapan
#pengurusan bencana
#monsun timur laut
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan