awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan 'instafamous' beri alasan palsu rentas negeri untuk berbulan madu - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/03/2021
04:09 MYT
Pasangan 'instafamous' beri alasan palsu rentas negeri untuk berbulan madu - Polis
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pasangan itu telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel secara dalam talian pada bulan Disember 2020
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang merentas negeri untuk tujuan berbulan madu memberi keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pasangan itu telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel secara dalam talian pada bulan Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac 2021.
"Pihak polis telah menjalankan siasatan secara menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan tersebut kepada pihak polis pada 20 Mac.
"Oleh yang demikian, polis telah membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut Ashari memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan.
"Jangan melakukan program aktiviti peribadi lain serta bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada pihak polis sewaktu memohon pergerakan rentas negeri.
"Dalam usaha memerangi penularan COVID-19 ini, semua individu seharusnya memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan," tegasnya.
BACA: Rentas negeri untuk berbulan madu? Pasangan suami isteri dipanggil beri keterangan
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar dimuat naik oleh seorang wanita melalui 'Instagram Stories' bersama kapsyen mengenai tip bagaimana mendapat kebenaran polis untuk merentas negeri bagi tujuan berbulan madu.
Menurut wanita yang juga seorang 'instafamous' itu, dia membuat tempahan tempat percutian sejak Disember lalu dan mendakwa pegawai polis di tempat beliau mudah untuk memberi pelepasan.
Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang dan kecaman daripada netizen serta menganggap tindakan pasangan suami isteri itu sebagai tidak sensitif dengan keadaan semasa.
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#pasangan instafamous
#media sosial
#polis
#PDRM
#denda
#Akta 342
#pandemik
#COVID-19
#akta pencegahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan