awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih berusia 16 tahun ditahan disyaki buang bayi dalam bakul motosikal

Afiezul Samit
Afiezul Samit
26/08/2021
07:33 MYT
Pasangan kekasih berusia 16 tahun ditahan disyaki buang bayi dalam bakul motosikal
ACP Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit mengaku telah meninggalkan bayi berkenaan selepas dilahirkan sekitar pukul 2 pagi. - Ihsan Polis Kuching.
KUCHING: Polis menahan pasangan kekasih bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di Kampung Siol Kandis, Kuching pada Khamis.
Pasangan yang berusia 16 tahun itu ditahan polis sekitar pukul 9 pagi di rumah masing-masing di Kampung Siol Kandis, Kuching.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit mengaku telah meninggalkan bayi berkenaan selepas dilahirkan sekitar pukul 2 pagi.
"Remaja perempuan dan bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala uri diserahkan ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut.
"Remaja lelaki pula ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi, penduduk di kampung itu gempar apabila menemukan seorang bayi yang masih bertali pusat ditinggalkan di bakul sebuah motosikal.
Kejadian disedari seorang penduduk kampung ketika hendak turun kerja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#ACP Ahsmon Bajah
#IPD Kuching
#Hospital Umum Sarawak
#Kampung Siol Kandis
#Kuching
#bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan