MELAKA: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di tepi jalan di Ayer Keroh, April lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 24, dan teman wanitanya, Noorbaizura Mohd Fuad, 34, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki, Tan Kue Seng, 71, kira-kira jam 7 pagi sehingga 9 pagi di tepi Jalan Gapam, Ayer Keroh di sini pada 9 April lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Muhammad Faris didakwa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam atas dua pertuduhan merompak warga emas berusia 69 tahun sehingga menyebabkan mangsa cedera dan melarikan beg tangan seorang wanita berusia 34 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di Taman Kota Laksamana pada 22 Mac 2023 dan di Taman Kesidang, di sini pada 8 April lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat bagi hukuman di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 1 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.
Sinar Harian pada 11 April lalu melaporkan kebimbangan keluarga terhadap seorang lelaki warga emas yang tidak pulang ke rumah berakhir apabila ditemui mati dalam longkang di Jalan Gapam.
Mayat Tan Kue Seng ditemukan oleh warisnya bersama motosikal jenis Demak EX90 yang ditunggang mangsa ketika keluar dari rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil, di sini pada jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kehilangan warga emas itu, mangsa sempat memberitahu anaknya mahu ke sebuah kedai kopi di Bemban Jasin untuk bersarapan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023
Muhammad Faris Amjad (dua dari kiri) dan Noorbaizura ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
“Kerajaan tetap akan beri pertimbangan cuma tidak boleh disegerakan..”-PM
Perdana Menteri berkata bantuan untuk kerugian akibat banjir melibatkan haiwan ternakan dan kemudahan di rumah akan dipertimbangankan.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Jho Low mengenai transisi TIA kepada 1MDB.
Tema klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 kini boleh digunakan di PlayStation 5
Tema Klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5
Serangan jantung mengejut, pelakon Korea Selatan Park Min-jae meninggal dunia
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min-jae, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung di China, Jumaat lalu.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti cadangan bina tebing tinggi atasi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Kampung Baru: Sebahagian bayaran pampasan tambahan sudah diserah - Dr Zaliha
Bayaran pampasan tambahan bagi pengambilan tanah daripada 11 pemilik unit flat di Kampung Sungai Baru di Kampung Baru telah diserahkan kepada pemohon.
122,062 murid belum kuasai kemahiran asas 3M
Seramai 122,062 murid atau 27.24 peratus dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid tahun satu seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesi akademik (PdP) 2024/2025.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid tahun satu seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesi akademik (PdP) 2024/2025.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan PDRM untuk mengelakkan keangkuhan, kezaliman dan salah guna kuasa.
Pasangan kekasih didakwa bunuh warga emas ditemui mati dalam longkang
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di tepi jalan di Ayer Keroh, April lalu.