KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata penganggur berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Jabur Kubur pada 11 pagi.
"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai kekasih wanita itu pada 3 petang tadi di sekitar pekan Chukai.
"Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat bagi membantu siasatan sama ada dia bersepakat dengan wanita terbabit untuk membuang bayi itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati bayi itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di rumah lelaki berkenaan di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di lokasi terbabit pada 18 Mei.
Beliau berkata ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) akan dibuat terhadap wanita itu bagi melihat sekiranya mempunyai kaitan dengan insiden seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dihurung semut yang dijumpai di kedai sama, Julai tahun lepas.
Sabtu lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai kedai berkenaan dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.
Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan polis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Sabtu lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai kedai berkenaan oleh seorang pemandu lori ayam. - Gambar fail
Solat hajat, qunut nazilah untuk rakyat Palestin
Seluruh umat Islam di negara ini diseru menzahirkan solidariti dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin dengan melaksanakan solat Hajat dan Qunut Nazilah di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
[INFOGRAFIK] Pengurangan Tarif Import Timbal Balik AS-China
Berikut adalah info berkenaan dengan pengurangan tarif import timbal balik AS-China.
AWANI Borneo [20/5/2025] – Kebakaran | Sindiket Dadah | Tarif Trump
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar
- Nenek, cucu rentung rumah terbakar
- Dua lelaki ditahan bersama 2.5 kilogram syabu
- Tarif AS beri impak terhad ke atas Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Nenek, cucu rentung rumah terbakar
- Dua lelaki ditahan bersama 2.5 kilogram syabu
- Tarif AS beri impak terhad ke atas Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Polis buru tiga suspek serangan simbah asid terhadap pemilik spa di Kelantan
Polis sedang giat mengesan tiga individu yang disyaki terlibat dalam serangan kejam menggunakan bahan dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa wanita, di Bachok.

Mara sasar tubuh hospital, kukuh ekosistem bumiputera dalam sektor perubatan
Mara menyasarkan untuk memperluas perkhidmatan kesihatan kendaliannya menerusi cadangan penubuhan Hospital Mara.
ASEAN 2025 | 20 Mei
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Penamatan bersama BMF, tidak memenuhi syarat ditetapkan
Penamatan Projek Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) bersama Yayasan Bruno Manser di Hulu Baram, Miri oleh kerajaan Sarawak disebabkan ia hanya menumpukan komuniti penan tanpa mengambil kira kepentingan Orang Ulu lain di kawasan berkenaan.
SJKC di Sarawak tidak terlibat Ujian Penilaian DLP
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak tidak terlibat dalam Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa (UPDLP) bagi Tahun 6 membabitkan subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Tarif AS beri impak terhad ke atas Sarawak
Tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi impak yang terhad terhadap ekonomi Sarawak kerana eksport negeri ke AS berjumlah RM1.2 bilion pada 2023, menyumbang hanya 0.9 peratus kepada keseluruhan eksport.

Banjir Australia Timur: Arahan pemindahan dikeluarkan
Arahan pemindahan telah dikeluarkan dan lebih 20 orang diselamatkan susulan kejadian banjir di negeri New South Wales (NSW), lapor Xinhua.

Bayi baru lahir dimakan biawak
Hanya bahagian kepala bayi tersebut yang masih tinggal ketika ditemui pasukan penyelamat.

Polis giat kesan suspek kes pembuangan bayi di Lahad Datu
Menurut ACP Dzulbaharin, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 2 petang semalam dan disahkan telah meninggal dunia ketika dijumpai.

Tergamak buang mayat bayi dalam mangkuk tandas stesen minyak
Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia pada jam 11.15 pagi.

Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.

Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin cari waris bayi perempuan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin sedang mengesan waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan tanpa dokumen di Tapak Projek PR1MA Pinggir Pelangi, Muadzam Shah, Rompin pada 1 Nov lepas.

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.

Bayi lelaki ditinggalkan berhampiran Pantai Paka
Pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam yang melalui kawasan pantai berkenaan.

Buang bayi baru lahir di Taiping, lelaki warga Nepal ditahan
Polis Taiping terima laporan dari Bahagian Kecemasan Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak.

Wanita didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah
Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.