Pasangan panda gergasi Chen Xing, Xiao Yue selamat tiba di Malaysia malam ini - NRES

Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama sebulan di bawah pengawasan rapi pasukan doktor haiwan dan penjaga yang berpengalaman sebelum ditunjukkan kepada orang ramai. - Gambar NRES
KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.30 malam ini.
Ringkasan AI
- Pasangan panda gergasi, Chen Xing dan Xiao Yue, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.30 malam, dijadualkan untuk dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara.
- Kementerian NRES mengumumkan bahawa Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani kuarantin selama sebulan sebelum dipamerkan kepada orang ramai, menegaskan hubungan persahabatan antara Malaysia dan China.
- Malaysia menerima sepasang panda gergasi baharu dari China untuk tempoh 10 tahun bermula 2025 hingga 2035, menandakan kesinambungan kerjasama konservasi antara kedua negara.
"Ketibaan Panda Gergasi menandakan simbol integriti dan persahabatan yang berkekalan antara Malaysia dan China.
"Malaysia melalui NRES meneruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi GiantPanda dengan China melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April lepas bersempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia," menurut kenyataan itu.
NRES memaklumkan bahawa pemeteraian perjanjian itu membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi baharu yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035.
Menerusi kerjasama serupa sebelum ini, Malaysia telah menerima pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi pada 2012 sebelum haiwan itu dihantar pulang ke China pada 18 Mei 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


