Sepasang suami isteri yang juga pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM52,000.
Tempoh reman sehingga 10 Sept ke atas dua-dua suspek berusia 35 dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini.
Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas suspek mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Terdahulu kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 11.05 pagi diiringi pegawai daripada suruhanjaya itu.
Semalam media melaporkan kedua-dua suspek yang masing-masing memegang jawatan sebagai pensyarah kanan dan pensyarah di fakulti berlainan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan.
Penahanan pasangan itu dibuat selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Tempoh reman sehingga 10 Sept ke atas dua-dua suspek berusia 35 dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan
Mohd Rafiee Abdullah, 27, yang berdepan tiga pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripada seorang sebabkan kecederaan - Saksi
Ia mungkin dilakukan oleh dua, tiga, empat, 10 atau lebih individu.
Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita
Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jurutera wanita didakwa guna jawatan dapatkan tender bernilai RM158,440
Didakwa guna jawatan bagi memberikan tender bernilai RM158,440 kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan kepada dirinya.
Beri pinjam wang tanpa lesen, ah long didenda RM10,000
Joseph Lau, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi
Kithure Kindiki mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.
Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal lapor kes diberi suapan RM1,000
Tertuduh didakwa telah diberi suapan daripada seorang lelaki tempatan melalui pindahan wang secara dalam talian.