awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri bancuh susu bayi dengan air syabu didakwa pada Rabu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/02/2024
15:17 MYT
Pasangan suami isteri bancuh susu bayi dengan air syabu didakwa pada Rabu
Ibu bayi itu kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya. - Gambar hiasan/Freepik
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang hampir menyebabkan kematian bayi lelaki mereka selepas tersalah membancuh susu dengan cecair syabu dalam kejadian di Taman Medan, di sini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima maklumat kejadian selepas menerima aduan daripada pihak Hospital Kajang pada 20 Februari lalu.
Kejadian menimpa bayi lelaki berusia 16 bulan itu disedari nenek bayi berkenaan yang menjaganya pada hari kejadian.
Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit menghantar bayi mereka untuk dijaga neneknya yang tinggal di Seri Kembangan dan ketika dalam jagaan wanita berusia 55 tahun itu, bayi itu tidak berhenti menangis.
Ibu bayi itu kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya.
Susulan itu, polis menahan suami isteri terbabit, masing-masing berusia 34 dan 40 tahun di kediaman mereka pada 20 Februari lalu untuk membantu siasatan.
Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah.
Kedua-dua suspek itu sebelum ini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Bayi malang terbabit kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan keadaannya dilaporkan stabil.
Topic Berkaitan
#ujian saringan
#PDRM
#air kencing
#dalam pemantauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan