awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri cedera disimbah asid

Bernama
Bernama
06/07/2023
16:40 MYT
Pasangan suami isteri cedera disimbah asid
Noor Ariffin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang mengesan suspek berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri cedera manakala anak lelaki mereka terselamat apabila disimbah asid oleh seorang wanita semasa memasuki lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak, dekat sini, pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan jam 3.10 pagi, selepas insiden itu berlaku pada jam 1.27 pagi.
Katanya, mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya warganegara asing berusia 37 tahun dan anak lelaki mereka berusia 14 tahun.
Menurutnya, suspek wanita bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arah kedua-dua mangsa dari luar lif sebelum melarikan diri.
"Mangsa telah meminta bantuan orang awam untuk menghantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan selepas cedera di beberapa bahagian badan dan telah dibenarkan pulang manakala anaknya tidak mengalami kecederaan," katanya, dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Pasangan suami isteri cedera disimbah asid
Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) turut tular selepas dikongsi di media sosial.
Noor Ariffin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang mengesan suspek berkenaan.
Beliau turut meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohd Nizar Adnandi talian 013-9661892 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03- 61262222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asid
#lid
#CCTV
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan