Sepasang warga emas cedera selepas diragut dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Keting, Bachok, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Alias Awang, 64 tahun, cedera parah pada bahagian lengan dan kaki kanan manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56 tahun, cedera pada bahagian mulut.
Pasangan itu baru pulang daripada mendengar kuliah agama di sebuah pasar tani iaitu Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.
Sementara itu, anak mangsa, Mohammad Ayub, 35 tahun, berkata, ketika kejadian ibu bapanya sedang menaiki motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Pauh Lima.
“Mereka baru keluar dari pasar kira-kira 50 meter sebelum dikejar dua peragut menaiki sebuah motosikal dari arah Kedai Menanti ke Kampung Keting.
"Menurut ayah, peragut itu tiba-tiba mengejar mereka dan cuba merampas beg yang diletakkan di atas riba ibu.
"Tindakan itu menyebabkan ayah dan mak terjatuh dari motosikal dan cedera teruk akibat terkena bahagian pada motosikal dan jalan raya manakala peragut itu tidak berjaya mendapat apa-apa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, selepas terjatuh, salah seorang peragut masih cuba merampas beg milik ibunya, namun wanita itu sempat memulas tali beg dan kebetulan penduduk kampung melalui jalan itu menyebabkan dua peragut itu melarikan diri.
Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Ayub turut memuat naik gambar kecederaan ibu bapanya dalam kejadian itu di Facebook miliknya pada jam 5 petang tadi dan sehingga kini status itu dikongsi lebih 350 pelayar internet.
Katanya, tujuan dia berbuat demikian supaya kejadian malang itu mendapat iktibar masyarakat dan pihak keluarga akan membuat laporan polis sebaik selesai mengurus bapanya masuk wad di HRPZII, Kota Bharu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi meminta keluarga mangsa segera membuat laporan polis berhubung kejadian.
Vivi Sumanti
Tue Jun 25 2019

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Alias cedera parah pada bahagian lengan dan kaki manakala isterinya, Rahimah cedera pada bahagian mulut. Astro AWANI

Angkat sumpah Biden | Kamala Harris wajar dijadikan 'role model'
Lantikan Kamala harris sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat merupakan satu sejarah yang besar buat negara maju itu. Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, harris yang merupakan wanita pertama di amerika menyandang jawatan itu, perlu dilihat secara positif selain dijadikan contoh buat negara lain.

Angkat sumpah Harris | Orang kampung Harris kongsi keterujaan
Sebuah desa kecil di India yang dikelilingi oleh sawah-padi berkongsi keterujaan menjelang beberapa jam sebelum Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat baharu. Keterujaan mereka itu kerana, kampung mereka adalah kampung halaman datuk Kamala.

Presiden AS | Trump tinggalkan White House
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan White House, beberapa jam sebelum Joe Biden mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46. Trump yang turut ditemani isteri meninggalkan kediaman yang diduduki mereka sejak empat tahun lalu dengan menaik Marine One menuju ke lapangan terbang.

Angkat sumpah Biden | Joe Biden perlu tumpu isu perpaduan
Isu perpaduan di Amerika Syarikat antara perkara yang dijangka akan menjadi fokus pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris. Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya, Prof Dr Jatswan Singh berkata, rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini jelas membuktikan pentadbiran Trump mengakibatkan perpecahan kalangan rakyat Amerika Syarikat.

Presiden AS | Biden dijangka tingkat hubungan pelbagai hala
Hubungan 'multi-lateral' antara negara-negara asia akan terus diperhebat di bawah pentadbiran baharu, Presiden Joe Biden dan Naib Presidennya, Kamala Harris. Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir turut menjangkakan, pentadbiran Presiden Joe Biden turut memberi fokus ke arah mengangkat semula kerjasama ekonomi dalam situasi pandemik COVID-19.

10 Berita Pilihan - (20 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Tahniah rakanku!" Ucapan Barrack Obama kepada Biden
Obama dilihat menyambut baik pelantikan Presiden AS ke-46, Joe Biden.

Letupan di Madrid, dua maut dalam runtuhan bangunan
Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bangunan di tengah bandar Madrid milik Gereja Katolik runtuh pada Rabu.

Joe Biden, Kamala Harris tiba di Capitol AS bagi majlis angkat sumpah
Kamala Harris dan Joe Biden dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tidak lama lagi iaitu jam 12 tengahari waktu tempatan.

Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas mengenai darurat
Blok pembangkang bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat.

Amaran cuaca buruk di Pantai Timur hingga Jumaat - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung hingga Jumaat ini.

Cuaca buruk: Lebih 80 peratus nelayan tradisional Bachok, Pasir Puteh tangguh ke laut
Hampir 700 nelayan pantai kawasan Bachok tidak turun ke laut untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini dan di luar jangka.

Lebih 1,000 nelayan tradisional Bachok, Tok Bali tangguh aktiviti laut
Sebilangan besar mereka melakukan kerja menjahit pukat yang rosak, membaik pulih bot-bot yang bocor dan jeti yang hampir roboh terutama di Pangkalan Petah.

Kanak-kanak ditemukan lemas di tali air
Seorang anggota Rela yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian cuba menyelamatkannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gunong.

Polis temui mayat bayi dilumur garam dalam guni di Bachok
Polis menemui mayat seorang bayi berumur lapan bulan dalam keadaan menyayat hati dengan badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur.

Lastik wanita warga emas, dua lelaki mengaku bersalah
Kesalahan itu dilakukan oleh kedua-dua tertuduh di persimpangan jalan di Kampung Banggol Pauh kira-kira pukul 8.10 malam pada Khamis lalu.

ADUN Maharani positif COVID-19
Nor Hayati bagaimanapun telah pun jalani kuarantin kendiri sejak pulang dari Sabah pada 26 September lepas.

Mayat OKU jatuh basikal dalam tali air ditemui
Hasil siasatan mendapati, mangsa adalah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air itu.

Kelantan catat peningkatan kes denggi
Daerah Kota Bharu dan Bachok mencatatkan kes paling tinggi.

Bot terbalik: Tekong nekad berenang redah laut bergelora minta bantuan
Hazahar Mat Sanishah, 48, yang terselamat berkata, dia berbuat demikian selepas berpesan kepada anak sulungnya yang juga awakawak bot supaya menjaga keluarga mereka dengan baik.