Sepasang suami isteri warga emas dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sebuah rumah di Taman Desa Melati di Nilai, Negeri Sembilan pada Rabu malam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam, mayat lelaki dan wanita berusia 60-an ditemui dalam keadaan rentung oleh sepasukan bomba.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Mohd Fauzi Abu Bakar berkata, kedua-dua mangsa masing-masing ditemui di bahagian dapur dan bilik stor rumah dalam keadaan tidak terbakar sepenuhnya.
Kesan darah turut dikesan pada bahagian lantai.
"Sejurus menerima panggilan pada pukul 9.23 malam, sepasukan bomba dengan kekuatan 22 anggota dan dua jentera FRT bersama satu EMRS dari Balai Nilai dikerah ke tempat kejadian.
"Kita menggunakan teknik pemadaman dua aliran, dua pancutan di mana kami menemui mayat di bahagian dapur dan bilik stor," katanya.
Ujarnya lagi, kebakaran melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian struktur rumah itu dipercayai bermula di bahagian bilik ditingkat bawah rumah teres dua tingkat berkenaan.
Kedua-dua mayat mangsa ditemui di bahagian dapur dan bilik stor dalam keadaan tidak terbakar sepenuhnya.
Jelas Mohd Fauzi, satu daripada mayat terbabit juga didapati mempunyai kesan tikaman dan dipercayai dibunuh.
"Kedua-dua mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar mengesahkan kejadian dan pihak polis masih menjalankan siasatan.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jul 24 2019
Kedua-dua mayat mangsa ditemui di bahagian dapur dan bilik stor dalam keadaan tidak terbakar sepenuhnya.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.