KUALA LUMPUR: Perunding hartanah Savills Malaysia berpandangan keseluruhan pasaran hartanah di negara ini "sebagai lanjutan terus dari 2022" dan perjalanan yang bergelora itu akan menuju ke 2023 tetapi dengan kecenderungan positif yang lebih kuat.
Dalam satu kenyataan semalam, Savills berkata dengan pentadbiran kerajaan baharu, diharapkan ada sokongan yang lebih baik untuk penyelesaian yang kukuh.
Dengan meletakkan kriteria pasaran hartanah kepada subsektor yang berbeza, kenyataan itu berkata pejabat lama dan hartanah runcit "berkemungkinan bergelut" manakala hartanah yang lebih baharu dalam segmen industri, logistik dan pusat data akan "terus menjadi tumpuan" aktiviti pasaran.
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Savills Malaysia Datuk Paul Khong berkata, firma perunding itu menunggu Bajet 2023 yang baharu dengan menjangkakan tindakan bagi meremajakan keseluruhan sektor dan bukan hanya untuk mereka yang berada pada peringkat B40.
Namun begitu, beliau mengakui bahawa kos pembinaan dan kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi telah melembapkan sektor hartanah dan ekonomi domestik secara keseluruhan.
"Kami telah melihat (kesan) peningkatan kos yang besar terhadap pembangunan hartanah baharu. Produk baharu ini akhirnya akan menghasilkan harga yang lebih tinggi," kata kenyataan itu.
Dalam segmen hartanah kediaman, kenyataan itu berkata permintaan akan "berdaya tahan" dan ini akan dibuktikan dengan peningkatan jualan pada suku pertama hingga suku ketiga 2023 disebabkan permintaan yang terpendam.
Kenyataan itu berkata akan ada daripada mereka yang terus mengambil kesempatan daripada kos gadai janji yang "masih rendah", kata Khong.
Namun begitu, beliau menyatakan terdapat cabaran kerana Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) melebihi paras prapandemik (3.25 peratus - 3.50 peratus) bergantung kepada situasi global. Pada 3.25 peratus, OPR akan kembali ke tahap prapandemik.
Kadar faedah kini berada pada 2.75 peratus, selepas empat kenaikan berturut-turut sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus pada awal 2022.
Peningkatan kos untuk membeli rumah juga boleh memberi kesan "kuasa beli" kepada bakal pembeli pada tahun-tahun akan datang, tambahnya.
Savills juga berpendapat trend global dalam isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) diterapkan secara mendalam terhadap sebarang keputusan untuk melabur. Kesedaran ini juga semakin berkembang di Malaysia," kata Khong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023
Kos pembinaan dan kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi telah melembapkan sektor hartanah dan ekonomi domestik secara keseluruhan. - Gambar hiasan/Bernama
India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan lapangan terbang Mumbai
Pengawal selia penerbangan India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan yang menyaksikan pendaratan dan pelepasan pesawat berlaku dalam sela beberapa saat.
Pita yakin boleh menang kes mahkamah
Parti MFP dalam kempen pilihan rayanya, berikrar memperbaharui undang-undang fitnah kerajaan yang keras, namun mahkamah tertinggi negara itu memutuskan dasar itu menyalahi undang-undang.
Jasad Michael Mosley ditemui dalam gua
Mayat ditemui dalam gua pada ahad disahkan adalah penyampai TV British, Michael Mosley, menurut Timbalan Ketua Majlis Pulau Greece, Symi.
Angka korban rakyat Palestin cecah 37,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 37,084 orang, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Perlu dapat tawaran TH, jemaah bersama pakej tidak potong "queue"
Tiada istilah potong "que" atau potong giliran. Ini penjelasan oleh Anuar Ahmad, Pengarah Operasi Pengelola Haji mengenai dakwaan jemaah haji Malaysia yang memilih secara pakej di bawah 25 syarikat yang dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH) bahawa mereka memotong giliran yang bukan giliran mereka menunaikan haji bagi tahun semasa.
Beberapa individu termasuk warga Singapura akan ditahan - Azam Baki
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang kes terbabit.
KPDN Kelantan lancar operasi pemantauan
Di Kelantan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup negeri telah memulakan operasi bagi memantau penyelarasan harga baharu diesel sejak pukul 5 petang Ahad.
Wakil Astro AWANI kelantan, Muhafandi Muhammad ada perinciannya.
Wakil Astro AWANI kelantan, Muhafandi Muhammad ada perinciannya.
Jentera Pilihan Raya Kerajaan Perpaduan dilancarkan
Gabungan perpaduan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap pada Rabu, 12 Jun.
Penyelarasan harga diesel di semenanjung bermula
Kerajaan pada hari ini mengumumkan penyelarasan diesel mengikut pasaran semasa yang akan ditetapkan pada RM3.35 seliter bermula pada hari ini.
[TERKINI] Mangsa keempat meninggal dunia
Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi itu kepada empat orang.
Pasaran hartanah domestik cenderung untuk lebih positif pada 2023 - Savills Malaysia
Savills berkata dengan pentadbiran kerajaan baharu, diharapkan ada sokongan yang lebih baik untuk penyelesaian yang kukuh.
1MDB lancar proses jualan tanah Pulau Indah
1Malaysia Development Bhd memulakan proses tender jualan tanah dengan keluasan 128.7 hektar di Pulau Indah, Selangor.