INTERNATIONAL
India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan lapangan terbang Mumbai

Pengawal selia penerbangan India telah mengarahkan satu siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan yang menyaksikan pendaratan dan pelepasan pesawat berlaku dalam sela beberapa saat. - Gambar hiasan/AP
NEW DELHI: Pengawal selia penerbangan India telah mengarahkan satu siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan yang menyaksikan pendaratan dan pelepasan pesawat berlaku dalam sela beberapa saat.
Ringkasan AI
- Pengawal selia penerbangan India siasat insiden pendaratan dan pelepasan pesawat berlaku dalam sela beberapa saat di Lapangan Terbang Mumbai.
- Video tular menunjukkan pesawat IndiGo mendarat sementara pesawat Air India berlepas dari landasan sama.
- DGCA menggantung pengawal trafik udara yang bertugas dan melancarkan siasatan; kedua-dua syarikat penerbangan beri respons mengikut arahan kawalan trafik udara.
IndiGo dan Air India turut memberikan respons terhadap insiden itu dalam media.
"AI657 dari Mumbai ke Trivandrum sedang dalam fasa berlepas pada 8 Jun. Pesawat Air India telah dibenarkan oleh Kawalan Trafik Udara untuk memasuki landasan dan seterusnya dibenarkan untuk berlepas. Pesawat Air India meneruskan prosedur yang ditetapkan," kata Air India.
IndiGo pula berkata, penerbangan 6E 6053 dari Indore mendarat mengikut kebenaran kawalan trafik udara.
"Juruterbang yang bertugas meneruskan pendekatan dan pendaratan serta mengikut arahan ATC," kata IndiGo.
Landasan Lapangan Terbang Mumbai mengendalikan 46 ketibaan dan perlepasan setiap jam, menurut laporan agensi berita PTI. - BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami