awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca COVID-19: Pelancongan domestik tunjuk peningkatan - Nancy

Bernama
Bernama
27/07/2020
06:13 MYT
Pasca COVID-19: Pelancongan domestik tunjuk peningkatan - Nancy
NANCY: Kadar purata penginapan di beberapa hotel bandar dan resort di seluruh negara adalah menggalakkan. - Gambar fail
Industri pelancongan domestik negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kegiatan pelancongan dibenarkan semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kadar purata penginapan di beberapa hotel bandar dan resort di seluruh negara adalah menggalakkan terutama di lokasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi seperti pulau, pantai, tanah tinggi atau di pinggir hutan.
Beliau berkata sejumlah 180,000 tempat duduk pesawat terjual bermula 10 hingga 28 Jun lepas bagi tempoh penerbangan Julai hingga September 2020 melalui kempen promosi tiket penerbangan domestik yang dijalankan oleh syarikat penerbangan AirAsia.
"Trend mingguan kadar penginapan juga menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Walaupun tidak mendadak atau ketara peningkatannya, ia masih memberi indikatif positif," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Yamani Hafez Musa (BN-Sipitang) mengenai sambutan pengusaha pelancongan dan rakyat terhadap galakan kerajaan mempromosi kempen melancong dalam negeri (domestik) pasca-COVID-19.
Nancy berkata perkembangan itu hasil inisiatif penggiat industri pelancongan tempatan melalui tawaran pakej pelancongan istimewa dengan harga promosi menarik bagi hotel, tiket kapal terbang domestik serta diskaun harga masuk ke produk dan destinasi pelancongan.
Dalam pada itu, Nancy menjelaskan susulan pembatalan kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020) Mac lepas, peruntukan RM90 juta bagi kempen itu disimpan untuk kegunaan kempen VM edisi akan datang.
Katanya, walaupun VM2020 dibatalkan, kementerian itu masih menjalankan pemantauan untuk memastikan negara-negara yang akan bekerjasama dengan Malaysia adalah negara dari kategori Zon Hijau COVID-19.
Beliau menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang ingin tahu mengenai perancangan kementerian terhadap peruntukan yang disalurkan untuk kempen itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alam semula jadi
#COVID-19
#industri pelancongan
#kadar penginapan
#Nancy Shukri
#pelancongan domestik
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan