KUALA LUMPUR: SME Bank, agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memberi penangguhan bayaran selama enam bulan kepada 59 orang pelanggannya yang terkesan dengan bencana banjir melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM146 juta di bawah Program Bantuan Banjir SME Bank.
Selain itu, bank itu turut menyalurkan sumbangan bernilai lebih RM100,000 melalui kerjasama dengan MEDAC dan Islamic Relief Malaysia (IRM).
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, tempoh tamat penangguhan bayaran untuk kesemua 59 usahawan PKS yang layak itu adalah pada September ini.
“Jumlah usahawan yang terlibat pula mungkin akan bertambah berdasarkan bilangan pelanggan yang mungkin akan terjejas sekiranya berlaku lagi bencana banjir pada masa terdekat ini.
“Di samping itu, SME Bank turut memberikan pengecualian bayaran sewa melibatkan 41 unit kilang usahawan PKS di Kompleks Premis Usahawan SME Bank Shah Alam yang turut terlibat dalam bencana ini.
“Inisiatif pengecualian bayaran sewa yang berjumlah RM230,000 ini adalah untuk tempoh selama dua bulan bermula Januari 2022 hingga Februari 2022. SME Bank juga turut menawarkan pelbagai bantuan pembiayaan yang bersesuaian kepada keluarga usahawan yang terkesan banjir,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah, Program Bantuan Banjir SME Bank telah dibuka dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac ini.
“Oleh itu, saya menggesa semua pelanggan SME Bank yang memerlukan bantuan disebabkan banjir untuk tampil ke hadapan dan menghubungi pihak SME Bank dengan kadar segera.
“Tindakan proaktif yang diambil oleh SME Bank dalam menghulurkan bantuan segera kepada usahawan PKS yang terkesan adalah seiring dengan amanat yang diberikan oleh kerajaan.
“Kita mahu agar tiada satupun mangsa bencana alam ini yang tertinggal daripada menerima sokongan dan bantuan agar mereka dapat kembali bangkit meneruskan perniagaan selepas bencana ini berakhir,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, selain daripada kemudahan tersebut, SME Bank juga bertindak pantas dalam membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan bagi membersihkan beberapa buah rumah termasuk rumah kakitangan SME Bank sendiri.
Aria berkata Kelab Sukan dan Rekreasi SME Bank turut membuat kutipan barangan keperluan harian dan pakaian yang diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.
“Wang tunai berjumlah RM100,000 tersebut telah diagihkan ke Tabung Khas Bantuan Usahawan dan Koperasi MEDAC termasuk RM20,000 untuk inisiatif yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Malaysia.
“SME Bank juga turut menyumbangkan barangan perlu untuk kegunaan mangsa banjir melalui program yang dilaksanakan bersama MEDAC,” kata beliau.
Dalam masa yang sama Aria berkata, anak syarikat SME Bank iaitu Centre For Entrepreneur Development And Research Sdn. Bhd. (CEDAR) turut bersedia menyalurkan khidmat nasihat tentang penstrukturan semula rancangan perniagaan serta lain-lain latihan pembangunan usahawan yang bersesuaian.
Ia bagi membolehkan usahawan kembali beroperasi sejurus keadaan kembali pulih.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan tersebut, mangsa banjir boleh berhubung dengan Pengurus Perhubungan masing-masing atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-26037700 atau layari laman web rasmi www.smebank.com.my dan media sosial rasmi SME Bank.
Bantuan penangguhan bayaran tersebut tertakluk kepada terma dan syarat.
Hasimi Muhamad
Wed Jan 19 2022

Noh berkata, tempoh tamat penangguhan bayaran untuk kesemua 59 usahawan PKS yang layak itu adalah pada September ini - Foto/fail

1 maut, 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona
Pemandu kereta api penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

Elisabeth Borne dilantik Perdana Menteri Perancis yang baharu
Beliau menjadi wanita kedua memegang jawatan berkenaan dalam sejarah politik negara itu.

LKE Musang Queen, program legasi perkongsian durian patuh syariah pertama di Malaysia
LKE Musang Queen menyediakan platform bagi rakan kongsi mengakses pasaran durian melalui tanah pegangan bebas.

HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.

Dakwaan kelemahan sistem pengundian parti, JPP PKR ambil serius teguran Rafizi
Sistem aplikasi ADIL yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967298/thumbnails/32572378951652746951724_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan #AWANInews

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Lebih 10,000 rumah terjejas banjir di Selangor akhir tahun lepas
Kerajaan Selangor merekodkan sebanyak 10,783 unit kediaman terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu pada penghujung tahun lepas.

Cadangan gaji minimum RM 1,500: Berbaloi namun majikan perlu ada perikemanusiaan
Cadangan Kerajaan untuk melaksana gaji minimum RM1,500 sebulan sebelum hujung tahun ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengusaha perniagaan di Selangor.

Projek Tebatan Sungai Golok penyelesaian jangka panjang banjir - MB
Datuk Ahmad Yakob berkata projek itu penting kerana terletak di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif diterima secara dalam talian
Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara.

Banjir: 119,626 ketua isi rumah layak terima BWI - Nadma
Seramai 119,626 Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat 8 pagi hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.