awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima mayat ditemukan susulan motobot hilang di selatan Filipina
Malaysia perkukuh kerjasama AI, keselamatan siber dengan China
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada jika Ottawa adakan perjanjian dengan China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pascabanjir Sumatera: Tangisan ibu tunggal kenang rumah musnah akibat banjir lumpur

Seth Akmal
Seth Akmal
10/12/2025
09:26 MYT
Pascabanjir Sumatera: Tangisan ibu tunggal kenang rumah musnah akibat banjir lumpur
Halimah Ismail, 53 tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan rumahnya yang hampir musnah akibat banjir lumpur. - Gambar/ Seth Akmal/ Astro AWANI
BIREUEN, ACEH: Suasana suram menyelubungi Kampung Pante Lhong, Bireuen, selepas bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian kawasan Aceh pada 26 November lalu.
Di celah runtuhan rumah dan timbunan lumpur, kelihatan Halimah Ismail, 53, seorang ibu tunggal kepada lima anak, termenung pilu mengenang nasib.
Rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini musnah, sebahagian dindingnya roboh, manakala perabot dan barangan hanyut dibawa arus deras.
“Saya tidak dapat menahan sedih,” luah Halimah kepada Astro AWANI yang meninjau kawasan berkenaan.
Menurut Halimah, ketika air mula mencecah paras lutut, beliau dan anak-anak cuba menyelamatkan diri dengan menaiki kereta. Namun usaha itu gagal kerana jalan sudah ditenggelami lumpur.
“Saya pesan pada anak-anak, kita selamatkan diri sahaja,” katanya, mengimbas saat getir yang memaksa mereka berlari dalam gelap.
Penduduk di sini menyifatkan bencana itu sebagai ‘tsunami darat’ - gelombang lumpur yang datang tanpa amaran, memusnahkan rumah, sawah, dan kehidupan dalam sekelip mata.
Banyak rumah lenyap, hanya tinggal tapak dan serpihan kayu berselut.
Kini, selepas air surut, cabaran baharu menanti. Halimah merayu agar pihak berkuasa dan badan bantuan mempercepatkan akses kepada air bersih.
“Kami memang perlukan air, kerana ia diperlukan untuk urusan harian,” ujarnya, sambil memandang ke arah baldi kosong di sudut rumah yang tinggal rangka.
Di sebalik kesedihan, terpancar ketabahan, namun jelas, mereka tidak mampu bangkit sendirian. Penduduk kampung ini menunggu bantuan, agar kehidupan yang hilang dapat dibina semula.
Keadaan jalan utama yang menghubungkan antara Banda Aceh dan Medan. Gambar Seth Akmal/ Astro AWANI.
Keadaan jalan utama yang menghubungkan antara Banda Aceh dan Medan. Gambar Seth Akmal/ Astro AWANI.
Seorang lagi penduduk, Nordin Ismail, seorang bapa kepada dua anak, masih mengingati detik mencemaskan ketika banjir lumpur melanda kampungnya.
Air yang pada mulanya hanya setinggi buku lali, tiba-tiba naik mendadak hingga mencecah paras dada, menenggelamkan segala yang ada di hadapan mata.
“Ketika itu, kami hanya fikir untuk selamatkan nyawa,” katanya, mengimbas saat genting yang memaksa beliau bersama penduduk lain memanjat ke bumbung rumah.
Di situlah mereka terdampar selama lebih 24 jam, berjuang menahan lapar dan ketakutan, sebelum akhirnya diselamatkan oleh pihak berkuasa dan dibawa ke pusat perlindungan.
“Naik ke rumah orang kemudian pada waktu pagi kami makan nasi dengan buah rambutan,” ujar Nordin, mengenang bagaimana mereka terpaksa berkongsi apa sahaja yang ada demi kelangsungan hidup.
Sementara itu, kira-kira dua kilometer dari kampung tersebut, tinjauan mendapati pihak berkuasa termasuk Tentera Negara Indonesia (TNI) sedang giat menyiapkan sebuah jambatan darurat.
Struktur sementara itu menjadi nadi penghubung baharu selepas jambatan utama roboh dihanyutkan arus deras dalam bencana yang sama.
Orang ramai menggunakan bot untuk menyeberang dengan bayaran sekitar 20 ribu rupiah (RM5) untuk melakukan aktiviti harian mereka.
Orang ramai menggunakan bot untuk menyeberang dengan bayaran sekitar 20 ribu rupiah (RM5) untuk melakukan aktiviti harian mereka.
Beberapa jambatan berhampiran turut roboh dan ia merupakan laluan untuk menghubungkan Banda Aceh ke beberapa daerah lain seperti Medan, Lhokseumawe, Langsa dan Aceh Tamiang.
Menurut data Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) sehingga jam 9 pagi waktu tempatan hampir 969 orang maut, 5,000 mangsa cedera parah, 262 orang masih hilang dan hampir sejuta orang kehilangan tempat tinggal.
Topic Berkaitan
#Bersih
#Indonesia
#Aceh
#Bireuen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan