Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya enam maut dalam kebakaran bas di Switzerland

Sumber: AZ Intel
Rakaman video yang dikongsi media tempatan menunjukkan bas tersebut marak dijilat api. - Foto X/AZ Intel

KERZERS: Sekurangkurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah bas terbakar di bandar Kerzers, kanton Fribourg, di barat Switzerland pada Selasa petang, menurut pihak polis.

Insiden berlaku sekitar jam 6.25 petang waktu tempatan di pusat bandar Kerzers, yang turut dikenali sebagai Chirtres dalam bahasa Perancis, kirakira 20km dari ibu negara Bern.

Advertisement

Rakaman video yang dikongsi media tempatan menunjukkan bas tersebut marak dijilat api, manakala penduduk melaporkan melihat kepulan asap tebal menjulang dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa lima individu lain cedera, dengan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal, sementara seorang lagi mangsa telah diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter.

Seorang paramedik turut dilaporkan cedera ketika operasi menyelamat dijalankan.

Polis menggesa orang ramai menjauhi kawasan kejadian sementara kawasan itu ditutup untuk operasi kecemasan.

Siasatan awal polis menunjukkan kebakaran tersebut mungkin berpunca daripada tindakan sengaja, namun butiran lanjut belum disahkan.

Pihak berkuasa juga menerima laporan bahawa seorang individu menyiram diri dengan petrol sebelum api tercetus, tetapi mereka menegaskan bahawa dakwaan itu belum dapat disahkan setakat ini.

Bas yang terlibat dilaporkan bergerak dari kawasan Düdingen, terletak kirakira 17km di selatan Kerzers, sebelum kejadian berlaku di tengah laluan.

Setakat ini, jumlah keseluruhan penumpang belum dapat dipastikan.

Must Watch Video