BENTONG: Setiap mangsa banjir sudah pasti ada kisah mereka sendiri apabila berkongsi pengalaman berdepan bah besar yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Di Bentong lain pula kisahnya apabila sepasang suami isteri bersyukur kerana terselamat daripada musibah dihanyutkan banjir pada 18 Disember lalu.
Menurut Mohamed Asri Badiazaman, 50, tangki air yang diletakkan di laman rumahnya, menjadi 'sampan' buat dia dan isterinya ketika paras air melebihi dua meter dan melepasi bumbung kediaman mereka ketika itu.
"Pada jam 8.30 malam Sabtu, air sudah mula naik, kita dah siap sedia untuk selamatkan barang, tetapi bila pukul 10.00 malam air sudah semakin tinggi, jadi kami dah kelam kabut.
"Anak-anak saya sempat keluarkan ke jalan hadapan (tempat tinggi) saya dah isteri masa itu dapati air dah mula dalam dan naik makin tinggi dengan cepat, kita terpaksa duduk dalam tangki untuk selamatkan diri," maklumnya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Akibat arus deras juga katanya mereka terpaksa menambat tangki terbabit pada tiang bumbung agar tidak dihanyutkan arus yang deras.
"Air luar biasa naik memang cepat, luar jangkaan, bila air dah naik kita terpaksa selamatkan diri.
"Sebab benda ini (tangki air) kita pernah gunakan, tangki ini akan terapung. Kami duduk dalam ini, masa itu nekad memang berdebar nak tunggu bantuan lama sebab orang kampung sini dah panik," jelasnya lagi.
Tambah Mohamed Asri, dia hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting yang turut dimuatkan ke dalam tangki berkenaan sebelum air yang semakin naik memaksa dia dan isterinya memanjat bumbung rumah.
"Bila air dah naik, saya suruh isteri saya ke bumbung. Air makin naik sampai ke bumbung, tangki itu kemek bila tersekat antara bumbung," katanya lagi.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati kawasan Kampung Chegar Medang antara kawasan teruk terjejas akibat banjir besar itu.
Ada di antara penduduk mendakwa, air banjir melebihi paras 25 kaki (6 meter) di sesetengah kawasan sehingga menenggelamkan tiang elektrik di kawasan itu.
Fareez Azman
Tue Dec 28 2021
Mohamed Asri berkata akibat arus deras, dia terpaksa menambat tangki terbabit pada tiang bumbung agar tidak dihanyutkan arus yang deras. - Foto Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.