LUMUT: Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang melaksanakan perolehan pelbagai jenis aset baharu dalam masa terdekat, bagi meningkatkan keupayaan pasukan keselamatan tersebut.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perolehan aset baharu ini dibuat hasil perbincangan berterusan antara kepimpinan Kementerian Pertahanan serta TLDM, dengan mengambil kira kehendak serta keperluan pengguna akhir sendiri iaitu TLDM.
"PASKAL tidak hanya mementingkan latihan taktikal dari semasa ke semasa, tetapi juga memerlukan aset yang berkeupayaan menangani ancaman keselamatan semasa," katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi Ke KD Panglima Garang, Pangkalan TLDM Lumut di sini pada Rabu.
Hishammuddin berkata perolehan itu antara lain merangkumi aset-aset seperti Close Circuit Breathing Apparatus, Sub Machine Gun, Static Parachute, Freefall Parachute, Thermal Binocular dan pembinaan Sniper Shooting Tower di Lapang Sasar Sniper.
Dalam masa yang sama, beliau berkata PASKAL turut bakal menerima lebih 900 aset pelbagai jenis yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat, merangkumi Glock 17 Gen 4; M4 Carbine; Bullet Proof Vest; Spotter Scope; dan Radio Hand Held Thales.
Hishammuddin berkata sumbangan itu diperoleh menerusi kerjasama pertahanan erat antara Malaysia-Amerika Syarikat (AS), khususnya melalui program Building Partnership Capacity serta hasil hubungan akrab beliau dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf jeti operasi Pangkalan Lumut juga sedang giat dilaksanakan, bagi meningkatkan tahap keselamatan warga kapal Pangkalan TLDM Lumut serta menyediakan tempat kerja yang lebih kondusif, dengan kos kira-kira RM64 juta dan dijangka siap tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Hishammuddin pada sidang media ketika mengadakan lawatan rasmi Ke KD Panglima Garang, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Rabu. - Foto BERNAMA
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).