awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen

Bernama
Bernama
14/02/2025
01:00 MYT
Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Zakaria (dua, kiri) menunjukkan Pelekat Inspektorat Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia pada Majlis Peluncuran Inspektorat Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, 13 Feb 2025. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Pasukan Inspektorat Penguatkuasaan Jabatan Imigresen (JIM) akan ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan di bazar Ramadan bagi memastikan tiada peniaga memindahkan lesen mereka kepada pihak lain khususnya kepada warga asing.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.
"Memang kita akan lakukan pemeriksaan di semua bazar, termasuk tempat-tempat yang terdapat pekerja asing bagi memastikan tiada sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang.
"Saya akan tetapkan kepada pasukan ini untuk buat pemeriksaan ke segenap tempat. Jadi kita akan susun jadual pemeriksaan termasuk di pejabat JIM negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri peluncuran Inspektorat Penguatkuasaan di sini semalam.
Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar membatalkan lesen bazar Ramadan yang dikeluarkan sekiranya mendapati ada peniaga memindahkan lesen mereka kepada pihak lain.
Anwar menegaskan, isu 'memindahkan' lesen itu antara aspek tadbir urus yang harus diberi penekanan dan memerlukan penguatkuasaan lebih baik.
Ditanya sama ada pasukan berkenaan akan dilengkapi dengan kamera badan ketika melakukan tugasan pemantauan, Zakaria berkata perkara itu merupakan perancangan masa depan pasukan itu.
"Buat masa ini, kita belum ada tetapi kita memang ke arah itu," katanya.
Pada 2 Dis 2024, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pemakaian kamera badan pada anggota Jabatan Imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara akan dilaksanakan menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan mengelak berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Terdahulu dalam ucapan peluncuran, Zakaria berkata pasukan yang akan memulakan tugas secara rasmi semalam itu dijangka mampu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap Jabatan Imigresen.
"Saya percaya dalam masa singkat, kita akan boleh ubah persepsi masyarakat yang lihat betapa serius kita menangani isu kebanjiran pekerja asing yang datang ke negara ini tanpa dokumen sah," katanya.
Beliau berkata pasukan itu bukan sahaja ditugaskan bagi penguatkuasaan undang-undang tetapi menyampaikan maklumat serta panduan kepada majikan mengenai prosedur menggaji pekerja warga asing secara sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Inspektorat Penguatkuasaan
#pindah lesen
#peniaga
#Bazar Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan