awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan petugas KDN pantau pelaksanaan projek penyelenggaraan kemudahan agensi

Bernama
Bernama
08/08/2023
15:23 MYT
Pasukan petugas KDN pantau pelaksanaan projek penyelenggaraan kemudahan agensi
Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan Pasukan Petugas Projek Penyelenggaraan Kuarters, Premis dan Fasiliti Agensi bagi memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah kementerian itu. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan Pasukan Petugas Projek Penyelenggaraan Kuarters, Premis dan Fasiliti Agensi bagi memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah kementerian itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Rubi Ubi berkata pasukan petugas itu bertanggungjawab menyelaras, memantau serta memastikan jabatan atau agensi bertanggungjawab mematuhi prosedur, tatacara dan tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan projek terbabit.
"Ia juga bertujuan memastikan projek-projek yang diluluskan dapat dilaksanakan segera dan memberi impak kepada penerima manfaat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat 5 Ogos lepas, sebanyak 90.1 peratus daripada 640 projek yang diluluskan sedang giat dijalankan manakala 9.9 peratus masih di peringkat perolehan.
Kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan RM200 juta di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (Fasa 1) yang melibatkan projek penyelenggaraan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM98.72 juta, kuarters Jabatan Penjara (RM41 juta), kuarters Agensi Antidadah Kebangsaan (RM31.29 juta), kuarters Jabatan Imigresen (RM19 juta) dan kuarters Agensi Penguatkuasaan Maritim (RM10 juta).
Pada 15 Julai lepas, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM200 juta Fasa Dua bagi tujuan pembaikan kuarters, premis dan fasiliti agensi di bawah kementerian itu yang membabitkan pengagihan peruntukan RM145 juta kepada PDRM, RM40 juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dan RM15 juta kepada Jabatan Penjara.
Rubi berkata pelaksanaan projek di bawah kelulusan peruntukan fasa dua sedang rancak dijalankan dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan petugas KDN
#projek penyelenggaraan
#Kementerian Dalam Negeri
#Rubi Ubi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan