Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Kelapa Sawit Sen Fu, Tongod, Kinabatangan, Sabtu lepas, memerlukan jentera berat bagi melancarkan operasi di lokasi pencarian.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Mulliadi Al-Hamdi berkata menerusi penelitian anggota bertugas, jentera berat amat diperlukan bagi mengangkat kayu balak yang hanyut serta struktur binaan rumah pekerja ladang terbabit yang ranap dalam kejadian itu.
Menurutnya, pasukan SAR daripada APM turut menghadapi cabaran berikutan keadaan cuaca hujan renyai dan terpaksa berjalan kaki sejauh tujuh kilometer ke lokasi kejadian dengan beberapa jalan penghubung mengalami kerosakan teruk.
"Selain jentera berat, khidmat Canine (anjing) atau K-9 juga amat diperlukan sebagai alternatif bagi melancaran operasi SAR. Ia bagi mengesan mangsa yang dipercayai tersepit atau terperangkap di bawah timbunan kayu, pokok dan struktur binaan rumah," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Mulliadi berkata sebanyak lima anggota APM Keningau terlibat dalam operasi SAR bagi membantu pasukan penyelamat lain menjalankan operasi itu yang masuk hari ketiga hari ini.
Dalam kejadian pada 1 April, sebuah rumah pekerja ladang dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat pada hari sebelumnya.
Sebanyak empat daripada 11 penghuni rumah itu selamat manakala tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak masih belum ditemui dan dikhuatiri tertimbus atau hanyut dibawa arus sungai berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
Dalam kejadian pada 1 April, sebuah rumah pekerja ladang dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat pada hari sebelumnya. -Gambar fail
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.
Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.
Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.
Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.
Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang petang ini
Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).