awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan siasatan nahas helikopter kumpul satu enjin, komponen kecil

Bernama
Bernama
06/04/2015
14:19 MYT
Pasukan siasatan nahas helikopter kumpul satu enjin, komponen kecil
Pasukan Biro Siasatan bagi kes nahas helikopter pada Sabtu berjaya mengumpul satu daripada dua enjin dan beberapa komponen helikopter itu. -Gambar fail
Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) terhadap kes nahas helikopter di sini pada Sabtu lalu, berjaya mengumpulkan satu daripada dua enjin dan beberapa komponen kecil bangkai helikopter itu, pada hari ketiga operasi hari ini.
Kumpulan AAIB bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Dr Ismail Bakar turut serta dalam misi operasi di tapak nahas petang tadi.
"Satu lagi komponen enjin helikopter itu akan dikeluarkan bersama sebahagian yang lain esok," kata jurucakap AAIB yang ditemui Bernama selepas selesai operasi hari ini.
Terdahulu, kumpulan forensik dari Bukit Aman seramai 11 anggota yang diketuai Supt Soo Me Thong membawa keluar lima bungkusan plastik putih dari tapak nahas di Kampung Sungai Pening pada sebelah petang.
Soo berkata kumpulannya memasuki lokasi nahas sejak 2.30 petang.
"Kami (forensik) menjumpai beberapa barangan peribadi mangsa berhampiran enjin helikopter.
"Antara barang yang ditemui adalah pakaian lelaki dan wanita, beg dan sebuah telefon bimbit Lenovo," katanya.
Dalam kejadian Sabtu lepas, helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.
Kesemua mereka terkorban.
Mereka ialah anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias; juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pengawal peribadi kepada Jamaluddin, Razakan Seran; usahawan Datuk Tan Huat Seang; dan seorang wanita dikenali sebagai Aidana Baizeva.
Topic Berkaitan
#AAIB
#enjin
#ismail bakar
#Jamaluddin Jarjis
#nahas helikopter
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan