Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Julai 2026.

  1. Syed Saddiq bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.

  2. Sultan Selangor berkenan menaiki LRT3, teruja nantikan lima stesen tertangguh siap dibina

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan aliran transit ringan tiga (LRT3) dari stesen Bandar Utama di Petaling Jaya hingga ke stesen Johan Setia di Klang pada Isnin.

  3. Jangan positif sangat dengan Pas, mereka boleh tukar ‘goal post’ - Ahmad Zahid

    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilapor mendakwa parti itu sedang mengadakan rundingan dengan UMNO bagi membentuk kerjasama politik.

  4. 'Barcode' tak cukup kuat sokong kesimpulan Zara Qairina berniat tamatkan riwayat - Pakar

    Hasil penilaian Pakar Psikologi Kanak-Kanak menyatakan bahawa tingkah laku mencederakan diri menerusi 'barcode' tidak cukup untuk menyokong kesimpulan bahawa Zara Qairina Mahathir mempunyai niat untuk menamatkan riwayatnya sendiri.

  5. Kerajaan jamin bekalan petroleum kekal stabil hingga Disember

    Bekalan petroleum negara dijamin mencukupi sehingga Disember 2026 meskipun pasaran tenaga global kembali tidak menentu susulan ketegangan di Asia Barat.

  6. Perbicaraan kes Muhyiddin: Tiada penipuan maklumat pemegang saham Nepturis kepada SSM - Saksi

    Pengarah syarikat Nepturis Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada penipuan dalam pemberian maklumat berhubung pemegang saham kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  7. Malaysia, Singapura sambut baik kemajuan JS-SEZ, usaha muktamad pelan induk dalam tempoh terdekat

    Malaysia dan Singapura menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  8. PRN Negeri Sembilan: Pas nafi tukar ‘tiang gol’, tetap sasar kemenangan - Ahmad Fadhli

    Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata dakwaan bahawa Pas sering menukar “tiang gol” tidak tepat kerana parti itu kekal berusaha mencapai matlamat yang sama.

  9. ‘Tuah’ dilancarkan sebagai maskot rasmi Sukan SEA, Para ASEAN 2027

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Tahun 2027, yang bakal berlangsung di Malaysia tahun depan.

  10. Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah

    Menteri Ekonomi Datuk Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bukan dokumen kewarganegaraan dan tidak memberikan imuniti daripada undang-undang Malaysia.
     

Must Watch Video

Advertisement