KERAJAAN telah mengambil pelbagai langkah untuk membendung pandaemik COVID-19.
Namun, pandemik itu terus menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes COVID-19 telah mencecah 2,000 sejak bermulanya tahun baru 2021.
Kes baharu meningkat saban hari dan tidak ada tanda lengkuk penurunan statistik. Kes kematian juga telah mencecah lebih 500 sehingga kini.
Sekiranya pola jangkitan ini diteruskan, maka kes jangkitan akan meningkat kepada paras bahaya di luar kawalan kerajaan.
Sehubungan itu, Kerajaan mengambil langkah bijak untuk mengisytiharkan perintah darurat sehingga 1 Ogos 2021.
Perintah darurat ini merupakan darurat pentadbiran di mana jentera kerajaan akan berjalan seperti biasa dalam memberi perkhidmatan asas kepada rakyat.
Perintah darurat ini bukan merupakan perintah berkurung tetapi lebih kepada kawalan pergerakan orang ramai seperti dilaksanakan sebelumnya iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, perintah darurat ini tidak membenarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang malah tiada Pilihan Raya Umum (PRU) atau Kecil (PRK) diadakan dalam waktu darurat.
Rakyat perlu sedar bahawa darurat ini dikuatkuasakan bukan untuk menjaga atau melindungi kepentingan politik kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersandarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Ia jelas memberi kuasa kepada Baginda untuk mengisytiharkan darurat demi menjaga kepentingan dan kesihatan awam.
Timbul persoalan
Timbul persoalan apakah perintah darurat akan membantu membendung pandemik COVID-19 dalam negara?
Meskipun sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pelbagai bentuk dikuatkuasakan mengikut beberapa fasa dalam negara sejak 18 Mac 2020 sebagai pendekatan untuk membendung penularan pandemik COVID-19, virus itu masih terus menular.
Meskipun lengkuk statistik kes COVID-19 menurun pada peringkat awal PKP dikuatkuasakan, namun mutakhir ini penularan terus meningkat dengan lebih pantas di seluruh negara terutamanya di negeri atau pusat bandar utama dalam negara.
Menurut kenyataan KKM malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), usaha membendung pandemik kini boleh terhalang malah gagal sekiranya pergerakan orang awam yang membawa virus COVID-19 tanpa disedari atau tanpa mengalami serta menunjukkan sebarang tanda-tanda yang berkaitan.
Dengan trend pihak kumpulan asymptomatic bergerak secara bebas dan luas, maka sukar bagi memutuskan rantaian sosial yang menjadi punca utama kepada tercetusnya pandemik COVID-19.
Sehubungan itulah perintah darurat dikuatkuasakan agar menghalang pergerakan orang awam termasuk healthy carrier secara bebas agar dapat memutuskan rantai rangkaian berjangkit dalam kalangan rakyat.
Rakyat perlu sedar bahawa hanya pengisytiharan perintah darurat oleh kerajaan sahaja akan berjaya menawan gejala COVID-19.
Usaha membendung pandemik COVID-19 adalah satu pertempuran yang berterusan oleh kerajaan bersama rakyat.
Justeru itu, usaha membendung pandemik COVID-19 hanya akan berjaya sekiranya rakyat selaku anggota dalam pasukan menentang musuh yang digelar COVID-19, sedar peranannya dalam membendung pandemik.
Sehubungan itu, barisan hadapan yang terdiri daripada anggota KKM sahaja tidak mampu mengawal pergerakan golongan symptomatic.
Di sebaliknya, hanya individu yang terdedah dengan virus COVID-19 sahaja boleh membantu untuk mencegah pandemik COVID-19 dengan amalan menjauhkan diri atau mengasingkan diri (stay at home) daripada bercampur atau bergaul secara bebas dalam masyarakat.
Dengan lain perkataan, perintah darurat akan membantu menghalang pergerakan orang ramai termasuk golongan symptomatic secara bebas dalam usaha memutuskan rangkaian hubungan yang menjadi punca utama penularan COVID-19.
Oleh itu, rakyat perlulah mengambil perhatian yang lebih serius terhadap perintah darurat yang diumum kerajaan dalam usaha membendung pandemik COVID-19.
Pemimpin komuniti juga perlu memainkan peranan dalam menyedarkan rakyat terhadap risiko pergerakan bebas yang boleh membantu penularan COVID-19.
Rakyat perlu sedar bahawa sekiranya perintah darurat pentadbiran menawan COVID-19 dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diabai dan tidak ditepati, maka kemungkinan besar satu gelombang raksasa pandemik yang lebih teruk akan tercetus dan melanda negara sedikit masa lagi.
Pendek kata, tanggungjawab untuk melindungi diri bukan lagi semata-mata kepada kerajaan tetapi tanggungjawab rakyat sendiri.
Elakkan polemik terhadap pengisytiharan darurat sebaliknya bersama kerajaan melawan ancaman COVID-19 habis-habisan kali ini.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Wed Jan 13 2021
Rakyat perlu sedar bahawa hanya pengisytiharan perintah darurat oleh kerajaan sahaja akan berjaya menawan gejala COVID-19. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.
11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diperkenalkan sebagai langkah merejuvenasi demokrasi Malaysia.
PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.
UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang - Annuar Musa
Sokongan yang diberikan oleh rakyat pada 2019 adalah ketika UMNO bersama Pas, bukannya DAP, dakwa Annuar.