awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar

Sinar Harian
Sinar Harian
24/09/2023
06:14 MYT
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu perlu dalam memastikan kedudukan parti terus kukuh susulan golongan tersebut yang dilihat membantu memenangi beberapa sesi pilihan raya lalu. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu perlu dalam memastikan kedudukan parti terus kukuh susulan golongan tersebut yang dilihat membantu memenangi beberapa sesi pilihan raya lalu.
“Kami melihat akhir-akhir ini sambutan masyarakat dan pengundi kepada Perikatan Nasional (PN) atau khususnya Pas meningkat terutama dalam kalangan pengundi muda.
“Jadi, mungkin perlu ada perbincangan bagaimana untuk memastikan sokongan pengundi-pengundi muda ini dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediaman beliau di Panchor di sini pada Ahad.
Ujar Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Panchor itu, berdasarkan sokongan tersebut juga masyarakat dilihat menjadikan Pas sebagai alternatif kerajaan masa depan dan parti itu sendiri perlu mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab berkenaan.
Kata beliau, perkara terbabit berkait dengan prestasi di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas yang perlu membuktikan tadbir urus baik bagi mengekalkan sokongan rakyat.
“Kalau empat negeri ini (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis) boleh menunjukkan prestasi yang baik dari segi pentadbiran dan pembangunan fizikal, saya percaya orang semakin yakin dengan Pas.
“Sebagai contoh dalam konteks Kelantan, isu yang utama ialah bekalan air dan dalam masa lima tahun ini kerajaan yang ada boleh meningkatkan lagi usaha-usaha dan melakukan perubahan atau berdikari sebab hubungan dengan Pusat tidak tak berapa licin. Jadi, perlu ada kemampuan terutama segi kewangan,” katanya.
Beliau menambah, bagaimanapun sebarang isu atau usul yang akan dibawa ke muktamar itu perlu melalui Jawatankuasa Penapis Usul dan dibentangkan terlebih dahulu.
Sementara itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, bagi peringkat parti di negeri itu pula, usul-usul yang akan dibawa ke muktamar kemungkinan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik pada Selasa ini.
“Setakat ini, belum ada perbincangan di peringkat negeri atau usul-usul yang khusus akan dibawa ke muktamar.
“Kalau ada unsur, mungkin dibincang dalam mesyuarat itu yang akan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan (Datuk Ahmad Yakob),” kata beliau.
Pas kali ini akan mengadakan muktamar tahunannya di Ideal Convention Centre di Shah Alam, Selangor pada 20 hingga 22 Oktober ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#nik amar
#golongan muda
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan