Malah, kepimpinan parti itu turut melihat pelbagai cabaran dan realiti yang perlu dihadapi terutama melibatkan cabaran media sosial.
"Ya, kita memang sudah agresif dan kita akan tambah agresif lagi. Kita bukan sahaja bersemuka, tetapi kita akan mengguna apa yang ada sekarang ini seperti media, media sosial, pendigitalan...semua kita akan gunakan. Jangan sangka Wanita UMNO ketinggalan. Tidak, sebaliknya kita sebenarnya mengungguli zaman."
Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun
"Pertama sekali ialah taat dan wala' kepada kepimpinan. Bermakna kita tidak mahu apa yang berlaku lepas - seperti apa yang dikatakan Presiden, kalau ada yang tidak tercalon dalam pilihan raya, lepas itu ada yang sanggup mensabotaj dan menjatuhkan parti sendiri."
Ahli MT UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
"Kita tidak mahu berkobar-kobar sahaja di dalam tapi bila mereka balik dah jadi 'suam-suam kuku'. Oleh sebab itu, semangat yang berkobar-kobar di dalam dewan hari ini harus diterjemahkan iaitu semasa fasa melakukan kerja apabila kita pulang nanti."
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin
"Kali ini saya jangkakan perang digital akan berlaku 'underground' iaitu menggunakan aplikasi WhatsApp atau Telegram. Ini satu platform yang agak sukar untuk kita hidu atau semak pandangan pembaca sebab apabila muat naik dalam Facebook, kita boleh baca. Mana mungkin kita boleh membacanya. Viralnya begitu dasyat sekali."
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
"Kita bekerja sebagai satu pasukan dan kita pastikan kemenangan pada PRU-14. Antara lain Presiden kata jangan segan, jangan gentar untuk turun bawah dan dekati meerusi Puteri Peduli. Maknanya pemimpin iktiriaf kita punya aktiviti Puteri Peduli.
Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah