Parti bertunjangkan Melayu, UMNO kini telah pulih daripada pembelotan dan perebutan kuasa, tegas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.
Malah, kepimpinan parti itu di setiap peringkat juga telah kembali bersatu dalam memperjuangkan keazaman dan transformasi yang dibawa selama ini.
"Perjuangan kita tidak menjaja gula-gula namun bertunjangkan kepada transformasi yang digarap untuk Malaysia.
"Maka, persoalan besar yang saya maksudkan itu adalah mengapa rakyat perlu mengundi kita, Barisan Nasional? Mengapa di kotak undi nanti, hanya dacing yang perlu dipangkah, dan bukan yang lain.
"Bahawa nostalgia dongeng yang dilagukan di sana (pembangkan), bahawa harapan palsu yang digula-gulakan mereka, tiada bandingannya dengan keazaman dan transformasi sebenar yang kita bawa," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada persidangan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tegas Khairy, Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) menjadi platform dalam membangkitkan keyakinan bahawa hanya UMNO jadi pilihan pengundi.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Dec 06 2017
Tegas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) menjadi platform dalam membangkitkan keyakinan bahawa hanya UMNO jadi pilihan pengundi. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL
Bekas menteri itu dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Kesiksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Dakwaan hina Dr Mahathir, polis diminta siasat Lokman Noor Adam
Ketua Pemuda PH Kedah, Asmirul Anuar Aris mendakwa Lokman dalam satu hantaran video di laman Facebooknya telah menggunakan beberapa perkataan menghina serta fitnah.
Kepimpinan baharu MIC kembalikan keyakinan parti
Barisan kepimpinan baharu yang terdiri daripada rata-rata golongan muda dan berpendidikan disifatkan sebagai tanda positif kepada MIC.
Pertandingan Ketua Pemuda tidak timbulkan perpecahan - KJ
Pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti bulan depan tidak akan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli parti.
Khairy sokong jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan
Khairy Jamaluddin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan.
Semua pemimpin pemuda perlu berdialog - Khairy
Khairy Jamaluddin menjemput barisan ketua pemuda daripada pakatan pembangkang untuk berdialog demi penyatuan nasional.