awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2021: Gaji minimum RM1,500, kaji semula GST antara lima teras utama UMNO - Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
18/03/2022
05:44 MYT
PAU2021: Gaji minimum RM1,500, kaji semula GST antara lima teras utama UMNO - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Presiden ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021pada Jumaat menggariskan lima teras utama parti itu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Presiden ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat menggariskan lima teras utama parti itu.
Menurut beliau, lima teras itu termasuk pemulihan ekonomi, peluang pekerjaan, keusahawanan beribawa, integrasi pendidikan dan reform agenda rakyat.
Berikut perincian lima teras utama itu:
DAYA PERTAMA: PEMULIHAN EKONOMI:
- Meningkatkan kuasa beli rakyat dengan pelaksanaan segera gaji minimum RM1,500.
- Mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Jualan (GST) pada kadar yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.
DAYA KEDUA: PELUANG PEKERJAAN:
- Mewujudkan Jawatankuasa khas hal-ehwal pekerjaan negara yang melibatkan anak muda.
- Menyediakan insentif kepada anak tempatan yang terlibat dengan sektor pekerjaan 3D "dirty, difficult and dangerous" (kotor, sukar dan bahaya) termasuk menyediakan latihan yang sewajarnya.
- Bagi menggalakkan anak muda menyertai gig ekonomi sebagai gigger, Akta Pekerja Gig perlu diperkenalkan segera.
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
DAYA KETIGA: KEUSAHAWANAN WIBAWA
- Penyediaan insentif kepada anak muda yang terlibat dengan sektor pertanian, agro-pelancongan dan pemain industri dalam talian (online business).
- Mempermudahkan proses pinjaman kredit kepada usahawan baharu dengan melonggarkan syarat-syarat pinjaman.
- Mengurangkan birokrasi dalam pemberian pinjaman kepada anak muda dan usahawan baharu.
DAYA KEEMPAT: INTEGRASI PENDIDIKAN
- Melahirkan lebih ramai huffaz profesional (arkitek-huffaz, peguam- huffaz), UMNO pernah mempelopori hasrat melahirkan 125,000 huffaz profesional. Hasrat ini patut diteruskan.
- Memperkasakan roh dan jasad institusi-institusi pendidikan Islam seperti baik pulih prasarana maahad tahfiz, sekolah agama rakyat dan integrasikan manhaj pengajaran dan pembelajaran
DAYA KELIMA: REFORM AGENDA RAKYAT
- Pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara, untuk mengelak berlakunya penyalahgunaan kuasa dan berlakunya pendakwaan terpilih yang menjurus kepada mengaibkan dan membunuh karakter seteru politik.
- Undang-undang berkaitan Anti Lompat Parti dalam kalangan wakil rakyat yang dipilih. Kestabilan negara terjejas dengan tindakan lompat-melompat, terhakisnya prinsip dan wala’ parti. Rakyat menjadi mangsa akibat kerakusan ahli politik yang pentingkan diri berbanding rakyat.
- Undang-undang Pendanaan Parti Politik. Tiba masanya rakyat difahamkan dengan pendanaan parti politik. Kenapa pendanaan politik wujud. Kekeliruan rakyat dalam soal ini telah diambil peluang oleh seteru politik membunuh karier politik lawan.
- Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes-kes yang berkait dengan kepentingan rakyat seperti kes arwah Adib, Tabung Haji dan yang paling penting siasatan terhadap pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya.
Topic Berkaitan
#Presiden UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
#PAU2021
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan