Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan kesal apabila niat baiknya untuk membantu keluarga tahanan yang mati dalam lokap polis, N. Dharmendran, telah disalah faham.
Low, yang bertanggungjawab dalam hak asasi manusia dan intergriti, berkata pejabat beliau cuba menghubungi keluarga Dharmendran semalam untuk membantu berdasarkan 'hak asasi manusia.
Langkah itu bagaimanapun disalah anggap sebagai satu cara untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah, katanya.
"Ini tidak pernah menjadi hasrat kami," katanya, sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak mengenai perkara itu dalam memastikan keadilan terlaksana.
"Kami cuba untuk menjelaskan bahawa kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Naib presiden PKR N. Surendran dilaporkan mendakwa bahawa ayah Dharmendran, G. Nagayarasamy, menerima panggilan telefon daripada pejabat Low, dan panggilan itu adalah tanda kerajaan berhasrat menutup kes kematian itu.
Elemen jenayah disyaki berlaku dalam kes kematian Dharmendran, 32, yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei.
Polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes kematian itu selepas laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan lelaki itu dibunuh.
Polis turut menubuhkan jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membendung kejadian yang melibatkan kematian dalam lokap polis.
Low berkata pejabatnya menghubungi naib presiden PKR R. Sivarasa semalam untuk menjelaskan perkara itu.
Beliau berkata semua pihak perlu membina semula kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasa, dan hak asasi manusia serta keselamatan perlu dilindungi apabila seseorang itu berada dalam tahanan.
Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa satu penilaian menyeluruh terhadap semua prosedur, amalan dan peraturan akan dibuat bagi memastikan pihak berkuasa mematuhinya dengan piawaian integriti yang tinggi dalam menjaga kesejahteraan mana-mana orang dalam tahanan.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Dharmendran, Low berkata beliau mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengendalikan siasatan kemungkinan berlaku rasuah.
Bernama
Wed May 29 2013
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Paul Low kesal niat baik disalah erti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan kesal apabila niat baiknya untuk membantu keluarga tahanan yang mati dalam lokap polis, N. Dharmendran, telah disalah faham.
Kes N.Dharmendran: Empat anggota polis kini ditugaskan di unit kerja pejabat
Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan N.Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di IPKKL.
Isteri mendiang N.Dharmendran buat laporan polis
Isteri mendiang N.Dharmendran hari ini membuat laporan polis berhubung kes kematian suaminya yang ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL), Selasa lepas.
Penyiasat Bukit Aman ambil alih siasatan OKT mati dalam tahanan
Siasatan terhadap kejadian kematian tahanan, N.Dharmendran di dalam lokap, kini ia telah diambil alih oleh satu pasukan khas polis Bukit Aman.