Ikan paus yang ditemui terdampar di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian, Isnin lalu berkemungkinan tercedera, menyebabkan haiwan itu terpisah daripada kumpulannya.
Menyatakan demikian hari ini, Dekan Fakulti Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, "Paus berkenaan mungkin telah terkena kapal ataupun kipas kapal menyebabkan ia tercedera sehingga menjejas sistem navigasinya.
"Ini menyebabkan haiwan itu tersesat berhampiran Pontian.
"Tetapi agak melucukan apabila ada pihak sebelum ini mengaitkan gangguan emosi sebagai antara punca kematian haiwan mamalia itu.
"Ini kerana bedah siasat sendiri mendapati ia mati disebabkan lumpur yang memenuhi peparunya," katanya kepada Bernama, pada Ahad.
Sebelum ini, Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim Muhammad Zulkifli Abdullah berkata paus terbabit dianggar berenang sejauh 90 batu nautika dari Pontian, sebelum terdampar di muara Sungai Sarang Buaya.
"Paus itu masih hidup ketika ditemui nelayan dan kemudian didapati mati selepas tersangkut di dalam mendapan lumpur, kira-kira dua jam kemudian," katanya.
Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Rantau Abang, Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata paus berukuran 12 meter panjang dan seberat 15 tan itu merupakan spesies terancam yang disenaraikan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Bernama
Sun Feb 14 2016
Ikan paus yang ditemui terdampar di tepi pantai Isnin lalu berkemungkinan tercedera, menyebabkan haiwan itu terpisah daripada kumpulannya. -fotoBernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
51 paus mati terdampar di Australia Barat
Jabatan Biodiversiti, Pemuliharaan dan Daya Tarikan Australia Barat menggesa orang ramai supaya menjauhi pantai untuk keselamatan mereka.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
Ikan paus terjerat tali pengukur berat berjaya dibebaskan
Haiwan berkenaan dilihat dalam keadaan stabil namun terdapat luka pada bahagian ekornya akibat tali pengukur berat itu.
Usaha mencari ikan paus humpback terjerat diteruskan
Misi mencari ikan paus berkenaan akan diteruskan bagi melepaskan lebih banyak tali yang terjerat di badannya.
Jumpa muntah paus, warga emas bakal jadi jutawan sekelip mata
Seorang peniaga telah menawarkan untuk membeli muntah itu pada harga 960,000 Baht (lebih RM123,000) untuk satu kilogram.
Lepas paus dan pak belang, kini beruang muncul di Terengganu
Beruang yang dipercayai daripada spesies beruang matahari itu dilihat berkeliaran di sekitar Felda Belara, di sini sejak dua minggu lepas dan mula menceroboh kawasan kebun dan penempatan.
80 cedera, 5 parah feri didakwa berlanggar dengan paus
Lebih 80 dilaporkan cedera dan lima parah selepas sebuah feri dilaporkan berlanggar dengan haiwan marin disyaki ikan paus di Jepun pada Sabtu.
Paus mati di Pantai Duxbury
Dunia digemparkan dengan kematian seekor lagi paus, kali ini di Pantai Duxbury, Massachusetts.
Lagi ikan paus mati selepas telan 29kg plastik
Seekor ikan paus ditemui mati selepas menelan lebih 30 kilogram plastik berdekatan sebuah rumah api di Cabo de Palos, Sepanyol.
Penduduk kampung di Kudat gempar ikan paus terdampar di pantai
Aktiviti harian penduduk di sekitar Kampung Indarason Laut, di Kudat, Sabah, dikejutkan dengan kehadiran ikan paus seberat 2.2 tan yang terdampar di tepi pantai kampung berkenaan.