awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pavilion MAHA di MAEPS lokasi lawatan delegasi ASEAN pada 2025

Bernama
Bernama
08/11/2024
21:30 MYT
Pavilion MAHA di MAEPS lokasi lawatan delegasi ASEAN pada 2025
Mohamad berucap pada majlis apresiasi MAHA 2024, di Serdang, pada Jumaat. - Gambar Bernama
SERDANG: Pavilion Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi pilihan untuk lawatan delegasi ASEAN tahun depan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia merupakan pengiktirafan besar bukan sahaja untuk MAHA tetapi bagi sektor agromakanan negara secara keseluruhannya.
"MAHA telah menjadi platform perdagangan terkemuka bukan sahaja untuk Malaysia tetapi seluruh rantau ini," katanya ketika berucap pada majlis apresiasi MAHA 2024, di sini, pada Jumaat.
Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN secara rasmi pada 1 Jan 2025.
MAHA 2024 yang berlangsung pada September lepas berjaya mencatat 5.5 juta pengunjung, dengan sebanyak 81 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Persetujuan (MoA) bernilai RM7.2 bilion dimeterai sepanjang 12 hari berlangsungnya pameran berkenaan.
Sementara itu, Mohamad berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terus komited membantu meringankan beban rakyat melalui penganjuran program Jualan Agro MADANI yang kini hasil jualannya mencecah RM153 juta.
Setakat ini, lebih 6,800 program Jualan Agro MADANI dijalankan dengan penyertaan lebih 86,000 usahawan.
"Alhamdulillah, hasil jualan mencecah RM153 juta dan ini telah memberi penjimatan kepada berjuta isi rumah," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maeps
#ASEAN 2025
#delegasi ASEAN
#Pavilion MAHA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan