Pengurusan gedung membeli belah Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) Malls mengecualikan pembayaran sewa kepada penyewa perniagaan dan runcitnya dalam perkhidmatan dan pembekalan barangan bukan keperluan penting sepanjang tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir pada 31 Mac.
Pavilion REIT memahami dan prihatin terhadap potensi impak PKP terhadap para peruncitnya, khususnya yang berada dalam kategori keperluan kurang penting, kerana mereka tidak dibenarkan membuka perniagaan seperti biasa.
"Menyokong penuh tindakan kerajaan menguatkuasakan PKP sebagai keutamaan negara, pusat beli-belah ini masih dibuka untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan dan bekalan keperluan penting seperti pasar raya, farmasi, kedai serbaneka dan kedai Makanan dan Minuman (penghantaran dan pembungkusan)," katanya dalam satu kenyataan.
Pavilion REIT turut menawarkan sewa percuma 14 hari itu kepada penyewanya di Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Elite, Pusat Beli-belah Da Men dan Pusat Beli-belah Intermark.
Ia berkata syarikat itu mengambil langkah proaktif dan tegas walaupun menanggung perbelanjaan tambahan berikutan COVID-19 bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Pavilion REIT turut menawarkan sewa percuma 14 hari itu kepada penyewanya di Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Elite, Pusat Beli-belah Da Men dan Pusat Beli-belah Intermark.- Gambar hiasan
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Anwar minta GLC peka beban perniagaan dan orang awam susulan banjir
Anwar menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera hari ini.
Pengecualian, diskaun 50 peratus bagi penyewa tanah, bangunan Persekutuan dilanjutkan
Lanjutan inisiatif itu berteraskan matlamat yang digariskan kerajaan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
Pavilion REIT Malls kecualikan sewa 14 hari kepada pengendali keperluan kurang penting
Pavilion REIT memahami dan prihatin terhadap potensi impak PKP terhadap para peruncitnya yang tidak dibenarkan membuka perniagaan.