NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meminta agar keganasan di Gaza dihentikan.

Katanya, PBB juga sedang berhubung dengan semua pihak secara aktif ke arah gencatan senjata segera.

Guterres turut menyifatkan keganasan yang berlaku di wilayah berkenaan sebagai ‘sangat mengerikan’.

BACA: Serangan udara Israel, 33 lagi warga Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh

BACA: Pejabat biro AP dan Al Jazeera di Gaza musnah dalam serangan udara Israel

Ini susulan angka kematian di wilayah itu melibatkan rakyat Palestin yang telah meningkat kepada 181 orang, termasuk 47 kanak-kanak sejak Isnin lalu.