awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBBPP umum kadar baharu perkhidmatan furnikular Bukit Bendera

Bernama
Bernama
01/03/2024
12:26 MYT
PBBPP umum kadar baharu perkhidmatan furnikular Bukit Bendera
Kenaikan kadar harga itu berikutan kos operasi dan penyelenggaraan yang sentiasa meningkat bagi perkhidmatan serta infrastruktur. - Bernama
GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) hari ini mengumumkan kadar harga baharu untuk perkhidmatan tiket funikular Bukit Bendera yang akan berkuat kuasa 1 Mei ini.
PBBPP dalam kenyataan memaklumkan kenaikan itu berikutan kos operasi dan penyelenggaraan yang sentiasa meningkat bagi perkhidmatan serta infrastruktur.
Beliau berkata hal itu tidak dapat dielakkan dan PBBPP perlu menyemak semula harga tiket dari semasa ke semasa dengan semakan harga tiket terakhir dibuat pada 2019.
"Kadar harga baharu, tiket dua hala laluan biasa untuk pemegang MyKad, MyKid dan pemegang kad yang sah iaitu Malaysia My Second Home (MM2H), permit kerja, pasangan warganegara Malaysia dan lain-lain iaitu berharga RM16 untuk dewasa berbanding RM12 sekarang ini manakala tiket sehala RM8 berbanding RM6.
"Harga baharu tiket bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas ialah RM8 berbanding RM6 manakala sehala pula RM4," menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan tiket Sunrise untuk pemegang MyKad dan MyKid yang boleh didapati pada musim luar puncak ialah RM5, berbanding RM3 ketika ini manakala orang kurang upaya kekal percuma.
"PBBPP tidak berkompromi berkenaan aspek keselamatan dalam pengurusan dan operasi sistem funikular serta prasarana Bukit Bendera untuk keselesaan dan keselamatan pengunjung," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenaikan harga
#perkhidmatan furnikular
#Bukit Bendera
#PBBPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan