awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBIM kembali dengan penyertaan hampir 26,000 peserta

Bernama
Bernama
11/12/2022
21:45 MYT
PBIM kembali dengan penyertaan hampir 26,000 peserta
Ahmad Fuzi (dua, kiri) menyampaikan piala dan replika cek kepada juara lelaki terbuka bagi kategori terbuka larian penuh Geoffrey Birgen (dua, kanan) pada pertandingan Larian Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang. -Bernama
GEORGE TOWN: Acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) kembali ke Pulau Pinang tahun ini dengan penyertaan hampir 26,000 peserta dari 60 negara.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Yeoh Soon Hin berkata terdapat kira-kira 5,500 peserta yang mendaftar untuk maraton penuh (42 km), lebih 10,000 peserta menyertai separuh maraton (21 km) dan lebih 9,000 orang mendaftar untuk acara larian 10 km.
"Kami menerima sambutan yang memberangsangkan tahun ini apabila (peserta dari) lebih 60 negara di seluruh dunia seperti Kanada, Afrika dan Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam PBIM 2022," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah acara itu di sini pada Ahad.
Yeoh berkata acara PBIM 2022 diadakan bukan sahaja untuk mempromosikan maraton, tetapi juga memulihkan ekonomi negeri selain merancakkan sektor pelancongan.
"Ada visi untuk menjadikan PBIM bukan sekadar acara larian maraton di seluruh Asia Tenggara, bahkan juga menjadikannya sebagai acara larian maraton terbesar di seluruh Asia," katanya.
Dalam tempoh dua tahun lepas, PBIM diadakan secara maya untuk mengelakkan wabak COVID-19 dan telah kembali dianjurkan secara fizikal tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang
#PBIM
#Yeoh Soon Hin
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan