NIBONG TEBAL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kementerian berkaitan mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir yang berlaku di negeri masing-masing.
Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, langkah itu perlu memandangkan kejadian banjir berlaku disebabkan peralihan monsun dan perubahan iklim di beberapa negeri baru-baru ini .
Katanya, sebagai contoh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengemukakan 14 tindakan termasuk mengenal pasti lokasi ‘hotspot’ banjir dalam menangani bencana alam itu sekiranya berlaku di kawasan mereka.
Sehubungan itu, Mansor menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan perubahan iklim yang melanda termasuk di negeri-negeri utara tanah yang mengalami gelombang panas.
“Sekarang ini sebab sekarang ini terutama sekali kita negeri di sebelah utara Kedah, Perlis dan Pulau Pinang memang perubahan cuaca agak panas dalam seminggu dua ini… (justeru) saya ingin menasihatkan penduduk supaya berhati-hati hadapi perubahan iklim.
“Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) sedang meninjau meneliti dan memantau keadaan dan keluarkan amaran dan nasihat berkala kepada rakyat kita dalam menghadapi perubahan iklim dan cuaca panas ini,” kata beliau.
Mansor berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna Jawi, pada Ahad .
Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Sementara itu, Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KASA turut meminta semua kementerian dapat memberi perhatian terhadap isu pendidikan sivik dan tidak hanya berharap kepada kementerian itu semata-mata.
Mengulas lanjut, Mansor juga berharap rakyat negara ini memberi perhatian berhubung isu pembuangan sampah memandang sikap itu antara punca besar berlaku banjir kilat.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 15 2022

Datuk Mansor Othman (dua dari kiri) beramah mesra dengan tetamu di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna Jawi, pada Ahad. - Gambar Astro AWANI

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan rakam video atau gambar dan salurkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air,Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

Semakan tarif air: Perbincangan hampir selesai, akan dibentang di Parlimen - KASA
KASA memaklumkan bahawa proses perbincangan bagi semakan semula tarif air bersama operator-operator di peringkat negeri kini berada di peringkat akhir.

PBAPP harap SPAN, KASA segerakan keputusan semakan tarif air
Kali terakhir semakan tarif air dibuat ialah pada 2015.

KASA sasar tanam sejuta pokok bakau untuk bendung hakisan, pelihara ekosistem
KASA menggesa semua lapisan masyarakat terutama belia terbabit secara aktif dalam aktiviti penanaman pokok bakau bagi mencapai sasaran sejuta pokok dalam tempoh 10 tahun akan datang.

KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.

PBT, kementerian berkaitan digesa bersama-sama ambil langkah atasi banjir - Mansor
PBT dan kementerian berkaitan digesa ambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir yang berlaku di negeri masing-masing.

Isu air Kelantan: KASA setuju bina takungan air besar di Machang - Mohd Amar
Sebuah takungan air besar dijangka dibina di Machang, dekat sini, tahun ini bagi menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk Kelantan.

Teknologi VR bantu usaha pelestarian alam sekitar - Zaini
Penggunaan teknologi realiti maya (VR) mampu memudahkan pengurusan alam sekitar termasuk sumber air selain meningkatkan kefahaman dan komitmen masyarakat terhadap usaha pelestarian alam sekitar.

KASA laksana penilaian risiko bencana banjir berdasarkan unjuran perubahan iklim
Di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), penilaian risiko bencana banjir merangkumi 36 lembangan sungai utama di seluruh negara telah siap dibangunkan.

Rangka kerja karbon sifar bersih mungkin diumum tahun ini - Mustapa
Kerajaan masih dalam peringkat membangunkan rangka kerja berkenaan yang turut merangkumi langkah memperkenalkan pasaran karbon

Banjir kilat Lembah Klang: Infrastruktur kawalan banjir digerakkan - KASA
Semua infrastruktur sistem kawalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL) telah digerakkan susulan banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara petang tadi.