Kesemua 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara akan diwajibkan membuat pelarasan kenaikan cukai-cukai perkhidmatan di bawah bidang kuasa mereka bagi setiap lima tahun bermula tahun hadapan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata ia perlu bagi memastikan setiap PBT membuat kutipan cukai secara lebih seragam kerana terdapat PBT yang tidak melakukan semakan kenaikan kadar kutipan cukai perkhidmatan melebihi 20 tahun.
"Pelarasan kenaikan cukai setiap lima tahun ini perlu kerana jumlah penduduk semakin meningkat setiap tahun dan lebih banyak penawaran perkhidmatan yang perlu dicukaikan kerana ia adalah sumber pendapatan PBT itu sendiri.
"Ia selari dengan Akta Kerajaan Tempatan (AKT) 1976 yang memerlukan PBT menaikkan kadar kutipan cukai perkhidmatan setiap lima tahun sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan tapak Senario Ampang dan Santai @ Ampang Point di sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun, beliau berkata PBT haruslah memastikan kenaikan kutipan cukai itu tidak membebankan komuniti di bawah pentadbiran mereka.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Undang-undang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Johari Atli berkata Senario Ampang dan Santai@Ampang Point merupakan projek kerjasama dengan KPKT untuk menceriakan kawasan itu dan menjadikannya satu daya tarikan baharu di kawasan pentadbiran majlis itu.
"Antara yang menarik di kawasan Senario Ampang ialah pelbagai lukisan mural tiga dimensi (3D) termasuk panorama Zoo Negara dan Empangan Klang Gates di dinding dan lantai di sepanjang 145 kaki lorong belakang di Jalan Memanda 7 melibatkan 14 unit bangunan premis perniagaan.
"Sementara kawasan Santai@ Ampang Point pula terdapat plaza makanan di kawasan seluas 7,400 kaki persegi khusus untuk 15 penjaja makanan 'food truck' selain adanya taman poket dan lampu hiasan yang menarik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 20 2019
Zuraida berkata, PBT harus memastikan kenaikan kutipan cukai itu tidak membebankan komuniti di bawah pentadbiran mereka.- Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBT wajib selaras kenaikan kutipan cukai perkhidmatan setiap lima tahun
Ia perlu bagi memastikan setiap PBT membuat kutipan cukai secara lebih seragam kerana terdapat PBT yang tidak melakukan semakan kenaikan kadar kutipan cukai perkhidmatan melebihi 20 tahun.