awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PC Methanol anjur program bantuan makanan untuk masyarakat Labuan

Bernama
Bernama
28/12/2022
23:02 MYT
PC Methanol anjur program bantuan makanan untuk masyarakat Labuan
Sukarelawan PC Methanol mengedarkan hamper makanan kepada komuniti B40 yang terpilih di wilayah Labuan. - PETRONAS
LABUAN: Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd (PC Methanol) anak syarikat milik penuh Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengakhiri tahun ini dengan menganjurkan program bantuan makanan untuk golongan B40 membabitkan 100 penerima dari 27 kampung.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu selaras dengan Strategi Impak Sosial PCG yang dipacu tiga tonggak utama - Alam Sekitar, Pendidikan serta Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan, inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat.
"Kami terus memainkan peranan sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk memastikan masyarakat sekeliling kita mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.
"Melihat inisiatif sedemikian membawa impak positif kepada penduduk tempatan yang memerlukan, kami melihatnya sebagai satu kewajipan untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat," kata Ketua Pegawai Eksekutif PC Methanol, Lawai Jok dalam kenyataan di sini.
Sukarelawan PC Methanol mengedarkan hamper makanan itu kepada komuniti B40 yang terpilih di wilayah Labuan.
Syarikat itu bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kami amat menghargai inisiatif PCG dalam membantu golongan B40, ia benar-benar membantu dalam tempoh sukar ini. Ia adalah usaha terpuji dengan kesan positif kepada masyarakat," kata Hilamah Moksin, penduduk Kg Patau-Patau 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#Labuan
#Petronas
#CSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan