Parti Cinta Sabah (PCS) yang menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar skandal rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah berharap kes itu disiasat sehingga ke akar umbi.
Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata parti juga berharap pihak yang terlibat dihadapkan ke mahkamah tanpa mengira pangkat dan darjat.
"Kita tahu semua rakyat Sabah kecewa dengan berita penyelewengan itu. Apa pun kita ucapkan tahniah dan syabas kepada SPRM atas tindakan tegas yang mereka ambil," katanya ketika berucap pada majlis PCS di sini, Ahad.
Baru-baru ini SPRM menahan lima individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan tersebut.
SPRM antara lain turut merampas lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan sebanyak 127 geran tanah dianggarkan bernilai RM30 juta, yang sekali gus menjadikan kes ini adalah kes terbesar dalam sejarah SPRM.
Mengenai majlis itu, Bumburing berkata majlis itu bukan bagi pelancaran rasmi PCS tetapi merupakan majlis ulang tahun parti berkenaan yang mula aktif di Sabah sejak 2013.
PCS mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk beroperasi sebagai parti politik pada 2013.
PCS, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (STAR) bekerjasama dalam Gabungan Perikatan Sabah atau United Sabah Alliance (USA).
Mengulas lanjut, Bumburing berkata PCS juga akan bekerjasama dengan parti pembangkang tempatan di Sabah termasuk parti baharu yang ditubuhkan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Turut hadir pada majlis itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin yang juga bekas pengerusi PKR Sabah, Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee, ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong dan ADUN Likas Junz Wong. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016
BUMBURING: Kita tahu semua rakyat Sabah kecewa dengan berita penyelewengan itu, namun kita ucapkan tahniah dan syabas kepada SPRM atas tindakan tegas yang mereka ambil. - Gambar Fail
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mei 2024.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
PCS optimis UMNO akan kembalikan hak Sabah dalam MA63 - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah (PCS) menyambut baik pengumuman dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan mengembalikan hak Sabah.
PCS sedia kerjasama dengan GRS, parti Persekutuan
Anifah berkata, pihaknya akan meneliti kerjasama itu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Tindakan pemimpin keluar parti lumrah politik - Anifah Aman
Anifah dalam masa yang sama menyangkal beberapa dakwaan mengatakan PCS bakal berkubur dalam arena politik tempatan.
MKN tiada peruntukan untuk cadang tangguh PRK Batu Sapi
Pilihan raya hanya boleh ditangguhkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat.
PCS tidak tanding PRK Parlimen Batu Sapi
Parti Cinta Sabah (PCS) membuat keputusan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
PRN Sabah: "Kekalahan PCS perlu dijadikan iktibar" - Anifah Aman
"Anak-anak Sabah telah bersuara dan suara itu kami terima dengan rasa rendah hati dan kami hormati." - Anifah Aman
PRN Sabah: Anifah guna Facebook untuk kempen saat akhir
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman tampil dengan usaha terakhir untuk berkempen menerusi status yang dimuat naik di Facebook beliau.
PRN Sabah: Parti kecil boleh tentukan kemenangan PN, Warisan - Penganalisis
Kemenangan parti-parti kecil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah boleh menentukan nasib dan masa depan Perikatan Nasional (PN) atau Warisan untuk memerintah negeri itu.