Kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) setakat ini, tiada mengemukakan permohonan rasmi secara spesifik lokasi Tapak Pelupusan Kekal (PDF), bagi residu Water Leach Purification (WLP) yang dikatakan akan dibangunkan di Pahang.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat ini, pihak kerajaan negeri juga tidak pernah berbincang dengan Lynas mengenai isu PDF, yang merupakan sebahagian daripada syarat pelanjutan lesen operasi kilang tersebut.
"Jika ada perbincangan atau permohonan sekali pun, sudah pasti kerajaan negeri akan beri keutamaan kepada keselamatan rakyat. Itu kita amat jelas. Kita tidak akan buat semberono dalam isu keselamatan rakyat.
"Dalam masa sama, ini juga melibatkan aspek pelaburan, kerana Lynas melabur sehingga bilion di negara ini.
"Kita akan teliti semua aspek dalam isu ini. Kita mendengar pandangan pakar. Jika pakar kata ia (Lynas) tidak bahaya, maka kita beri perhatian.
"Jika bukan pakar, siapa lagi yang hendak kita dengar? Kita bukannya pakar dalam bidang ini. Sudah pasti kerajaan negeri tidak akan buat sesuatu yang membahayakan rakyat," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH Semambu), yang merujuk kepada laporan sebuah akhbar sebelum ini yang mendakwa lima lokasi di Pahang dikenal pasti sebagai lokasi berkemungkinan PDF iaitu Lepar, Luit, Padang Tengku, Bukit Ibam dan Chini.
Beliau juga menjelaskan bahawa Lynas yang berasal dari Australia dan kini beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng di sini, merupakan pelaburan yang dibawa masuk Kerajaan Pesekutuan terdahulu, menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Kenyataan itu disokong Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang mengatakan, kerajaan Persekutuan dahulu telah mencadangkan Lynas beroperasi di Pahang.
"Jadi sekarang kita menunggu jawapan kerajaan Pusat jika mereka kata (Lynas) selamat, maka selamatlah.
Kerajaan negeri bukan ada kepakaran seperti kerajaan Persekutuan, yang ada pelbagai kepakaran teknikal," katanya.
Mohd Sharkar berkata kepakaran teknikal itu termasuklah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia, yang lebih terlatih dalam bidang berkaitan operasi Lynas dan radiasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 19 2019
WAN ROSDY: "Kita akan teliti semua aspek dalam isu ini. Kita mendengar pandangan pakar. Jika pakar kata ia (Lynas) tidak bahaya, maka kita beri perhatian." - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.