GENTING HIGHLANDS: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau bacaan IPU sebelum membuat sebarang tindakan.
"Kita minta semua sekolah pantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan patuhi garis panduan dan arahan yang berkaitran dengan keselamatan cuaca... kita sudah ada pengalaman ini dan kita teruskan sahaja, tiada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kali Ketiga Mengenai Kepemimpinan dan Pengurusan Pendidikan (ICELAM) di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini hari ini.
Semalam, Fadhlina meminta agar pihak sekolah mematuhi garis panduan yang disediakan, antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan IPU melebihi 100 berikutan beberapa kawasan di negara ini dilanda jerebu.
Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 10 pagi tadi merekodkan tujuh kawasan mencatatkan bacaan IPU di paras tidak sihat dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 157 manakala Cheras di ibu negara mencatatkan IPU 155.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. - Gambar fail/Astro AWANI
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR
Kementerian Pelajaran masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan diambil.
Guru masuk kampung pedalaman hantar bahan PdPR untuk pelajar
Guru-guru ini gigih mencari rumah pelajarnya yang terletak di kampung, bagi menghantar sendiri bahan PdPR dan memberi penerangan.
PdPR: Kakak jadi 'guru' bantu tiga adik ikuti pembelajaran
Bergelar anak sulung bukan satu cabaran yang kecil, apatah lagi selepas kehilangan ibu bapa tempat bergantung harap.
Kongres: Kerjasama parti-parti pembangkang antara isu perbahasan AMK esok
Isu lain yang akan dibahas ialah wabak COVID-19, program vaksinasi kebangsaan, masalah ekonomi anak muda serta pendidikan dalam fasa PdPR.
Guru komited, pastikan PdPR lancar demi ilmu pelajar
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan bermula Isnin diyakini akan berjalan lancar.
Guru mangsa COVID-19 tekad bangkit didik anak bangsa
Semangatnya tidak pernah luntur untuk melaksanakan tanggungjawab itu walaupun baru sahaja pulih selepas tidak sedarkan diri ekoran serangan COVID-19 baru-baru ini.
COVID-19 : Tujuh lagi sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari
Kesemua tujuh sekolah yang ditutup itu melibatkan lima daerah di negeri itu.
DidikTV mampu bantu selesaikan masalah PdPR - PIBGN
Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Guru Juara Digital MDEC guna TikTok dalam PdPR
Program #CikguJuaraDigital, MDEC mencari guru yang boleh menjadi penanda aras berkaitan dengan teknologi pendidikan di Malaysia.