awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM akan periksa sama ada Talian Nur aktif ketika kehilangan Siti Masitah - Noor Rashid

Fareez Azman
Fareez Azman
12/02/2019
05:55 MYT
PDRM akan periksa sama ada Talian Nur aktif ketika kehilangan Siti Masitah - Noor Rashid
NOOR RASHID: Pastikan laporan kehilangan ini supaya ia tidak akan diambil secara lewa.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menegaskan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil berat berkenaan laporan kehilangan kanak-kanak yang diterima menerusi Talian Nur.
Ia susulan kejadian pembunuhan kejam kanak-kanak malang Siti Masitah 11 tahun di Pekan, Pahang pada Isnin.
Jelasnya, polis tidak memandang remeh jika berlaku sebarang kehilangan kanak-kanak tanpa mengira status kewarganegaraan.
“Apa fungsi 'Nur alert'? Untuk kita menerima aduan tidak kira siapa (warganegara Malaysia atau bukan). Jika berlaku kehilangan dalam negara kita. Pihak terlibat sepatutnya mengeluarkan 'Nur alert'.
"PDRM selalu mengingatkan, siasatan ke atas kes kehilangan kanak-kanak, orang tua dan sebagainya, kita selalu anggap macam kita jalankan siasatan (seperti) kes bunuh.
"Kes (kehilangan) kanak-kanak, orang tua dan sebagainya memang kita ambil perhatian berat. Lepas ini saya akan review balik tentang kehilangan. (Hendak) pastikan laporan kehilangan ini supaya ia tidak akan diambil secara lewa," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan ada dakwaan bahawa Talian Nur tidak diaktifkan oleh polis pada 30 Januari lalu ketika laporan polis diterima berhubung kehilangan Nur Masyitah Ibrahim, disebabkan oleh status kewarganegaraan mangsa.
Beliau turut menegaskan kes terbabit tiada kaitan dengan sindiket penjualan organ seperti yang dimaklumkan Ketua Polis Pahang pada Isnin.
Tan Sri Noor Rashid berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan kerja Menteri Dalam Negeri di Batallion 4 Pasukan Gerakan Am di Semenyih pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kehilangan
#Noor Rashid Ibrahim
#orang tua
#Talian Nur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan