awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik - KPN

Bernama
Bernama
13/12/2020
12:10 MYT
PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik - KPN
Abdul Hamid berkata, PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, yang dikatakan terlibat dalam rancangan serangan pengganas di India.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.
“Setakat ini, PDRM belum menerima apa-apa laporan rasmi (Dr Zakir Naik terlibat serangan pengganas di India) dan pihak saya sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai pengganas.
“Selama ini, PDRM sering mendapat kerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang dari negara luar yang lain, dalam usaha menangani isu-isu keselamatan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.
BACA: Kumpulan Rohingya di KL dikaitkan dengan Zakir Naik didakwa rancang serangan di India
Abdul Hamid berkata rekod PDRM dalam usaha menangani apa jua bentuk ancaman pengganas adalah terbukti baik.
Hari ini, dalam satu laporan media antarabangsa mengatakan badan perisikan negara itu diketahui telah memintas transaksi kewangan penting yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan, selain turut didakwa mengatur serangan yang mungkin dilakukan di sebuah bandar di sana (India).
Laporan itu juga menyebut serangan mungkin akan dilakukan satu kumpulan yang diketuai seorang wanita, pada beberapa minggu akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zakir Naik
#Rohingya
#PDRM
#polis
#Ketua Polis Negara
#Abdul Hamid Bador
#serangan di india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan