awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM beri amaran tak boleh main bunga api ganggu ketenteraman selepas 12 tengah malam

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2023
09:45 MYT
PDRM beri amaran tak boleh main bunga api ganggu ketenteraman selepas 12 tengah malam
Bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bermain bunga api selepas jam 12 tengah malam sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang lain adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336], demikian amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.
"Bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g. Sekiranya dimainkan secara merbahaya boleh mendatangkan kecederaan.
"Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, katanya individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda pula boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjaran tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
"PDRM mengingatkan seluruh masyarakat terutamanya ibu bapa, hendaklah mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan," katanya.
Topic Berkaitan
#bunga api
#PDRM
#amaran polis
#12 tengah malam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan