Skip to main content

Malaysia

Kurangkan masa skrin kanak-kanak, bina tabiat digital sihat - Fahmi

Fahmi menekankan kepentingan persekitaran selamat dan dilindungi untuk kanak-kanak, termasuk ketika berada dalam talian. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo
Fahmi menekankan kepentingan persekitaran selamat dan dilindungi untuk kanak-kanak, termasuk ketika berada dalam talian. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo

Ringkasan AI

  • Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa ibu bapa dan masyarakat membantu kanak-kanak membina tabiat digital sihat dengan mengurangkan masa skrin.
  • Beliau menekankan kepentingan persekitaran selamat dan dilindungi untuk kanak-kanak, termasuk ketika berada dalam talian.
  • Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran isu yang dihadapi golongan itu.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyeru ibu bapa serta masyarakat membantu kanak-kanak membina tabiat digital sihat dengan mengurangkan masa skrin atau screen time dan memperbanyak aktiviti di dunia sebenar.

Beliau berkata kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran yang selamat dan dilindungi termasuk ketika berada dalam talian.

“Dunia yang semakin digital ini memerlukan kita membantu mereka membina tabiat yang sihat. Kurangkan screen time, lebihkan masa untuk bermain, bergerak, belajar dan berinteraksi dengan dunia sebenar.

Advertisement

“Tanggungjawab kita bukan sekadar menjaga mereka hari ini, tetapi memastikan mereka membesar dengan sihat, yakin dan bersedia menghadapi masa depan,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia hari ini.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 Nov setiap tahun bagi menggalakkan kesedaran tentang isu yang dihadapi golongan itu di seluruh dunia.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement