KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa India mengenai dakwaan bos ‘raja dadah India’ adalah warganegara Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat diterima PDRM berhubung perkara itu.
Katanya, hasil semakan pangkalan data Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman juga mendapati, penama yang ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu lalu tidak berada dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah di dalam negara.
"Bagaimanapun, JSJN sedang mendapatkan maklumat daripada pihak Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) India berkait dakwaan terbabit.
"Buat masa ini, JSJN tiada sebarang hubungan bilateral dengan Biro Kawalan Narkotik (Narcotics Control Bureau) India dan sebarang komunikasi dijalankan melalui Polis Antarabangsa (Interpol) dan Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat," katanya pada Selasa.
Razarudin berkata, PDRM khususnya JSJN amat menitikberatkan kerjasama antarabangsa dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah.
Beliau berkata, komitmen itu dapat dilihat melalui penglibatan Malaysia dengan agensi antarabangsa seperti Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), DEA dan Australian Federal Police (AFP).
Baru-baru ini, media India mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil.
Ini selepas penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM1.13 bilion ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India, Sabtu lalu.
Dakwaan itu dibuat oleh A Shankar, yang merupakan wartawan kanan dan pemilik media Savukku dalam satu wawancara di YouTube. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 12 2024
Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat diterima PDRM berhubung perkara itu. - Gambar fail
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
LIAM gesa rakyat Malaysia dapatkan perlindungan insurans
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat berikutan trend pembayaran tuntutan yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga rakyat Malaysia kayuh basikal tiba di Madinah
Ahmad Mohd Isa, Noradilah Mohd Sapie dan Abdul Halim Talha tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000km.
Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo
Kementerian Komunikasi akan terus menambah baik peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung dasar dan polisi Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.