awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM digesa beri pencerahan kes rogol wanita Mongolia libat pegawai - Musa Hassan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/04/2020
08:07 MYT
PDRM digesa beri pencerahan kes rogol wanita Mongolia libat pegawai - Musa Hassan
Musa mahu pencerahan dilakukan dengan segera bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif orang ramai terhadap PDRM. Gambar/ Sinar Harian.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa memberi pencerahan berhubung siasatan kes membabitkan pegawai pasukan itu yang didakwa merogol dua wanita Mongolia, baru-baru ini.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, PDRM perlu berlaku adil kepada kedua-dua pihak dan menjalankan siasatan sewajarnya walaupun kes itu didakwa membabitkan anggota pasukan itu sendiri.
"Saya pasti ramai yang mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku termasuk persoalan kepada lompong-lompong yang wujud dalam insiden itu dan juga mengenai penahanan tiga rakan senegara mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Laporan berita Astro AWANI pada 12 April 2010.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan, seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditahan kerana disyaki merogol dua wanita Mongolia dalam kejadian di sebuah hotel dekat sini, Sabtu lalu.
Beliau memberitahu, suspek berusia 30 tahun itu dipercayai berbuat demikian selepas menahan dua wanita berkenaan dalam sekatan jalan raya di sekitar Petaling Jaya sebelum membawa mereka ke sebuah hotel berhampiran.
Sementara itu, peguam Konsulat Mongolia, Matthew Thomas Philip memberitahu, tiga rakan senegara mangsa yang membuat laporan polis mengenai insiden itu ditahan pada Selasa.
Dakwanya, mereka hadir ke Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) atas laporan rogol itu tetapi ditahan 21 hari atas pertuduhan pemerdagagan manusia.
Mengulas lanjut Musa berkata, langkah pencerahan itu wajar dilakukan dengan segera bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat yang berkemungkinan beranggapan PDRM tidak bertindak telus.
"Imej PDRM perlu dijaga. Kita tidak mahu sebarang tohmahan tidak berasas kepada pasukan keselamatan ini," jelasnya.
Ekoran itu beliau menambah, sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador atau Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, perlu tampil menjelaskan isu ini.
Topic Berkaitan
#imej pdrm
#inspektor
#Mongolia
#Musa Hassan
#PDRM
#perlu dijaga
#persepsi negatif
#Petaling Jaya
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan