KUALA LUMPUR: Empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di sebuah flat di Shah Alam, pada Sabtu.
Kejadian itu turut tular di media sosial dalam video berdurasi 2 minit 10 saat yang memaparkan tangkapan ke atas kelima-lima suspek oleh pihak polis yang dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kesemua suspek yang berusia lingkungan 24 hingga 37 tahun itu ditahan pada 12.03 tengah malam.
"Semasa serbuan dibuat, suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung Flat tersebut namun kesemua mereka berjaya di tangkap dengan bantuan pasukan JBPM Shah Alam.
"Polis turut merampas pelbagai jenis barangan hasil dari pecah rumah, peralatan pecah rumah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak awal tahun ini dengan terdapat tiga kes pecah rumah dikaitkan di sekitar Shah Alam.
"Kesemua tangkapan telah direman selama lima hari bermula Sabtu.
"️Kes disiasat di bawah seksyen 457 kanun keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sun Nov 12 2023
Empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di sebuah flat di Shah Alam, pada Sabtu.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Bezza merah tular jadi petunjuk polis tumpaskan sindiket pecah rumah
Seramai enam individu berusia lingkungan 45 hingga 62 tahun, termasuk dua lelaki warga Colombia direman bagi membantu siasatan beberapa kes pecah rumah di Selangor dan Johor.
PDRM, JBPM kerjasama tumpaskan sindiket pecah rumah di Shah Alam
Empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Shah Alam.
Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas
Sindiket pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita.
Polis tahan lelaki, tumpas sindiket pecah rumah di George Town
Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya barangan kemas, peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer riba.