awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas

Bernama
Bernama
24/03/2023
07:00 MYT
Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas
Menurut Christopher, penahanan kesemua suspek berkenaan susulan jenayah pecah rumah yang dilakukan sindiket itu di sebuah kondominium Klebang di sini pada 2 Mac lepas. - - Gambar hiasan
MELAKA: Sindiket pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita secara berasingan di luar Melaka pada 14 dan 22 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dua lelaki daripada kesemua suspek berusia 34 hingga 51 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur pada 14 Mac manakala masing-masing seorang suspek wanita dan lelaki ditahan di Selangor pada 22 Mac.
Beliau berkata penahanan kesemua suspek berkenaan susulan jenayah pecah rumah yang dilakukan sindiket itu di sebuah kondominium Klebang di sini pada 2 Mac lepas, membabitkan kerugian wang tunai dan barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM50,000.
"Susulan kejadian pecah kondominium itu, anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka telah menjalankan siasatan dan risikan sehingga berjaya menjejaki penjenayah terlibat.
"Hasil tangkapan, polis berjaya merampas pelbagai barangan berjenama mewah antaranya jam tangan, beg tangan, beg duit, telefon bimbit, dua kenderaan, peralatan pecah rumah serta pakaian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai terlibat dalam lapan kes jenayah pecah rumah di Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.
Katanya kesemua suspek berkenaan ditahan reman sehingga 27 dan 29 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Christopher Patit
#kondominium Klebang
#sindiket pecah rumah
#Melaka Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan